Tuesday, December 21, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (61)


Kenangan Ambo dan semuk dengan makhluk Allah bernama Belalang.

Ada satu perpatah Lain padang Lain belalangnya.Bemaksud lain orang lain perangai dan cara kehidupanya.
Ambo hendak bercerita pula pasal belalang dengan kisah kenangan semasa kanak-kanak dahulu semasa di kampung.
 Aktiviti Cari Belalang atau Igak Belalang di Kampung Ambo kira-kira 30 tahun yang lalu.
Aktiviti mencari Belalang. Bunyi macam pelik tetapi ia menjadi rutin penduduk kampung Ambo dahulu sekali dalam setahun. Belalang yang di cari adalah belalang padang yang amat banyak ketika itu di sekitar pinggiran bendang dan padang sawah.Ambo masih ingat lagi penduduk kampung keluar pada satu malam yang gelap pekat berbekalkan lampu suluh dan lampu Karbaid dengan botol di ikat di pinggang masing-masing.
Mereka berkumpulan turun ke bendang dan padang dimana terdapat banyak belalang hijau,belalang padi ,belalang beras berkumpul.Ambo turut serta dalam pesta cari belalang bersama abang-abang ,emak dan kumpulan penduduk kampung.Dari kejauhan kelihatan cahaya dari lampu dan pelita karbaid menerangi suasana malam.Belalang yang di tangkap di isi kedalam botol dan setelah penuh beberapa biji botol atau jebur dengan belalang dan di bawa pulang.  Pada pagi kesokan hari proses membuang kepala dan mengeluarkan perut belalang dilakukan.Selepas itu di gaul dengan garam kunyit berlada dan di goreng .Belalang goreng dijadikan lauk semasa memakan nasi.
Kegiatan ini tdak lagi dilakukan setelah zaman berubah dan padang dan sawah di biar kontang .Mungkin pembaca dan anak-anak tidak lagi mengalami suasana dan memakan belalang goreng .Fried Lotus As a Snack 

Belalang Goreng
Ps: Life Like That Once ...Memories still strong to my village in Kubang Kerian.Pada masa itu kadang kala belalang goreng ada di bawa di jual di pasar atau kedai ikan di Kubang Kerian pada waktu itu
.Kenangan di tahun 70an.
Bagi berpenyaki Resdung atau Seduan ore Kelatte panggil jangan mencuba makan belalang goreng.... Resdung makin parah jawabnya.

No comments:

Post a Comment