Penceritaan kali ini: Ambo dan semut bercerita tentang Kulat atau Cendawan
Masa di kampung dahulu kulat yang boleh dimakan dan amat popular adalah kulat sisir,kulat pusu dan kulat telinga kera.Kulat lain yang boleh di makan seperti kulat susu harimau,kulat padang dan kulat butang.
Kulat atau cendawan adalah sejenis tumbuhan yang hidup dari pendebungaan sporanya
Kulat ini pada kebiasaan tumbuh di atas batang pokok mati atau reput di pinggir kampung.
Kulat Pusu
Kulat pusu biasanya tumbuh di atas busut atau pusu kebiasaanya pada musim lembab iaitu pada bulan banjir atau selepas banjir .Kulat ini akan tumbuh di atas pusu yang sama pada setiap tahun.kebiaaan nya kulat ini hadir hanya sekali dalam setahun.tempat yang tumbuh itu kadangkala unsangkerreble pula.Kulat ini sedap jikalau di gulai lemak cili padi atau di goreng ....jangan terkejut dengan bentukkulat ini juga mengancam...pandangan kaum hawa...
Kulat Sisir@Cendawan Kukur
Kulat Sisir biasanya tumbuh dengan banyak dan sepanjang masa di atas batang pokok yang tumbang dan mereput.Kulat ini saiz nya kecil sahaja tetapi jumlahnya tumbuh dengan amat banyak sekali di batan-batang pokok getar tumbang dan mereput.pada kebiasaanya Emak Ambo dan Ambo selalu kutip kulat ini semasa menunggu susu gerat memenuhi tempurung semasa menoreh dahulu waktu kanak-kanak.Ambo selalu mengikut emak pergi kekebun getah pada waktu cuti sekolah untuk menolong emak mengutip susu getah dan sekerap getah,Kulat sisir sedap di sayur lemak cili padi dan juga dibuat gorengan untuk menjadi hidangan semasa makan nasi.Di ratah sahaja pung sedap jugak..bila di goreng.Ore kelatte kata nggatoh sajo.
Kulat Susu Harimau
Kata cerita dongeng kampung Ambo kulat ini tumbuh dari susu harimau yang menitik selepas menyusu anaknya. Tapi Ambo hairan kamung Ambo dahulu mana ada harimau melintas pung...
Satu lagi kulat yang boleh dimakan ialah kulat telinga kera,kulat butang ,kulat tiram dan kulat padang.
Kulat tak boleh di makan sepetri kulat beracun dan tumbuh dari tempat yang kotor.
PS: Kulat Malam senang dijumpai masa Ambo budak-budak dahulu kebiasaan nya tumbuh di pangkal batang pokok kelapa.Kulat ini Glow In The Dark ,kerana menyimpan cahaya yang di suluh dengan lampu suluh,kulat ini boleh mengeluarkan cahaya seaakan florosent light.Sekarang ini susah sungguh nak berjumpa dengan kulat malam ini.Ia dersinar seaakan kunang-kunang di waktu malam...Kenangan di kampung dahulu semasa kanak-kanak sungguh mengasyikkan...
No comments:
Post a Comment