SEVEN |
Semasa tinggal di Kg Baru, Kerteh juga Ambo ada pelihara kucing angkat,Asalnya kucing Anak saudara Ambo yang berada di Kuala Terengganu. Dia mendapat kucing ini dari emak angkatnya semasa belajar di UiTM Dungun.Pemberian anak kucing ini tanda ingatan setelah beliau tamat pengajian di kampus Dungun dan akan menyambung Ijazah di kampus di Kuala Lumpur pula.
Kerana tiada yang mahu pelihara di rumahnya Nini memberi anak kucing tersebut kepada Ambo.Nama SEVEN dia yang berikan .
Semasa dalam peliharaan Ambo Seven cukup manja dan jinak sekali.Ore Kelatte panggil kucing jenis Nikkus. Ambo beri makan dan jaga tempat najis nya ,Dia akan membuang najis didalam bekas khas yang diisi dengan pasir yang di beli di pasar raya.(Cat Sand).Ambo akan mandi dan syampoo seminggu sekali dan mengeringkan bulu nya dengan tuala dan drayer yang di beli khas untuk nya.
Setiap kali Ambo balik dari kerja pada waktu petang Seven akan berlari dari padang dihadapan rumah tempat dia bermain dan berkeliaran bila di panggil balik. Ambo akan panggil nama nya Seven...Seven..Seven... dengan pantas dia akan berlari balik dan mengiau manja dan menggesekkan badan nya di kaki dan berpusing-pusing.Perkara pertama selepas meletakan beg kerja ialah mengambil Friskies dan memberi dia makan diatas telapak tangan Ambo.Seven gemar minum susu Tanpa Lemak DUTCH LADY.
Pada wktu malam dia gemar berjaga dan mengenap tiks dan juga lipas didapur dan dilaman rumah...
Seven dalam kenangan..Bawalah diri mu sebaik mungkin kerana Ambo tidak lagi menjadi tuan mu .... |
SEVEN |
My SEVEN In Space |
PS: Jodoh Ambo dengan SEVEN kemudian tinggal kenangan juga setelah Ambo berpindah rumah sewa sekali lagi ke Perumahan Panalex di Jalan Sekolah.Seven enggan tinggal dirumah baru ini.Dia akan kembali semula kerumah sewa di Taman Wafa setiap kali terlepas dari dalam kurungan.Ambo pergi mengambil nya sebanyak beberapakali dan SEVEN enggan juga tinggal di sini.Kali terakhir dia terlepas dan tidak kembali lagi ....SEVEN dalam kenangan .Kucing yang paling baik dan jinak pernah Ambo pelihara...
No comments:
Post a Comment