Tuesday, December 21, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (63)

Kuba Dok Gallo



Petani sedang menyisir bendang
dinamakan Gerrak
                                                                      

Petikan lagu Dikir dari Arwah Mat yeh Anok Singo yang popular dalam tahun 70an dulu.Tentang penanam padi .

Gallo patoh nanggar....
Gerrak patoh denin...
Begini lah nasib
Buat kijo pero diri
Siae gii naboor
Bawok benih padii...

Pada masa dulu pesawah padi menanam padi berat hanya sekali dalam setahun ,kerana mendapat bekalan air dari hujan semata-mata.Pesawah tradisional menggunaka alatan dan teknik tradisi untuk menanam padi masa itu mungkin Lembaga Padi Dan Beras Negara tidak aktif lagi.
Proses penanaman padi pada masa itu yang Ambo masih ingat.


                                            
Mengalih anak benih atau nyabbut anak benih
Lintah amat banyak di baruh padi.bahan penghalang lintah adalah cuka dan abu.
                                                        
1.Penyediaan tapak semaian benih anak padi dinamakan Nabbor benih padi
2.Bila anak benih padi tumbuh setinggi paras lutut ,sedia untuk di ubah ke bendang.
   Proses menyabut anak padi(Nyabbut) dari tapak semaian bermula.Satu ikatan anak benih padi yang sudah di cabut di ikat dengan tali dari batang pokok Bemban .Satu ikatan anak benih padi di panggil satu Utting
3.Bendang atau baruh di sediakan dengan proses di panggil Galllor(membajak) dan diikuti dengan proses menyisir tanah memlumatkan lagi tanah bendang yang berair tersebut di panggil Gerrak.
Kebiaaan Kerbau (Kuba) di gunakan dalam proses membajak sawah ini. Tuan Kerbau mengunakan bahasa isyarat dan seutas batang ranting kayu sebagai  membedal badan kerbau semasa proses membajak di lakukan
di panggil Kayu Pemiyat.Alatan tradisi untuk membajak dinamakan Batang Nolok,Nanggal ,Gerrak sisir.
Bahasa isyarat yang Ambo masih ingat lagi seperti: Bunyinya macam ini lebihkurang.
   Chaar - Supaya kerbau bergerak ke hadapan
   Nooo- Supaya Kerbau berhenti.
   Juuuu- Bila Kerbau berhenti semasa menarik Batang Nolok atau Gerrak sisir itu.
4.Proses seterusnya di panggil menanam benih padi di tapak penanaman atau bendang padi.Proses ini dinamakan Cheddung anak padi.


Petani sedang Menanam anak padi di bendang.Topi yang dipakai dikenali
sebagai Terendok.
5.Alatan yang digunakan semasa menanam anak padi ialah sejenis alat yang dipanggil Kuku Kambing.
6.Anak padi di tanam dalam barisan tang menganjur mengikut apak sawah.
Anak benih padi itu di biarkan hidup dengan sendiri dan ditabur baja bakar dari campuran najis haiwan dan sampah sarap.
Jikalau ada anak padi yang mati atau kekuningan daunnya proses mengganti dengan anak benih baru di panggil Menyulat anak padi.
Anak padi tadi mula mengeluarkan tanda-tabda berbuah setelah batang nya menjadi sedikit gemuk yang di panggil Buting Padi.
 PS: Kalau anak dara yang memiliki betis yang cantik dan menarik di namakan Betis Buting Padi..
Padi yang berbuah akan masak selepas dari 4-5 bulan menunggu.



Oranr-orangan untuk menakutkan musuh  buah padi yang masak iaitu
burung ciak padi dan pipit hitam.

Proses seterusnya dinamakan proses menuai padi atau musim mengetam padi.Sejenis alat tradisi yang digunakan untuk memetik padi masak di namakan Keteman Padi. Padi yang dari tangkai ini di ikat dengan batang padi kering segenggam-segenggan di panggil  Segemmal padi yang siap dituai.
Padi yang siap dituai itu disimpan sementara diatas tempat pengangkut tradisi yang dipanggil Kandaran.Padi itu kemudian di simpan didalan gedung  dipanggil Rumah Padi atau Baloh Padi.
Satu cara lagi yang diperkenalkan adalah proses menuai dengan memotong batang padi dengan menggunakan sabit padi dan padi tersebut di hempas dengan tangan kedalan petak atau tong kayu dinamakam proses Memukul.
Pondok di tengah sawah di panggil Dangar
Tali dari orang orangan akan di tarik dari tempat ini.
   Ps: Alir anak sungai akan dialir kepetak sawah dengan parit kecil diantara batas-batas petak padi.Anak sungai akan ditingkatkan paras air nya dengan menggunakan teknik pembinaan empangan kecil yang diperbuat sendiri oleh petani dahulu di panggil Tandak anak sungai.
Empangan kecil dan sementara ini dibuat semasa mengalirkan sawah sahaja,

Padi menguning disawah petani riang gembira menunggu hasil keringat di tuai.

                                                                    


Ps: Musuh padi waktu itu semasa kecil adalah siput gondang.Bila padi nak masak binatang kumbang di panggil Kessing.Bila padi masak tikus dan burung .


kessing padi. 
           

No comments:

Post a Comment