Friday, November 26, 2010

semut dan ambo



Masa... Penting nya Masa dalam Kehidupan.

Allah telah bersumpah dengan masa dalam Surah Al-Ashr."Diturunkan di Mekah mengandungi 3 ayat.

Terjemahan : Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha penyayang.
1. Demi Masa.
2.Sesungguhnya Manusia itu dalam kerugian.
3.Kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh dan berwasiat-nasihat-menasihati dengan kebenaran dan   berwasiat dengan kesabaran.

Wahai Anak-anak Ku yang tercinta jagalah masa selagi ada nyawa dibadan,kerana Allah telah bersumpah dengan menggunakan  Masa . Ini menunjukkan  bertapa masa adalah suatu kurniaan yang amat berharga kepada kehidupan manusia.
Masa adalah modal yang amat ternilai bagi kita setiap makhluk ada tertakluk dengan masa.
Sesungguhnya orang yang paling rugi dikalangan kita adalah orang tidak beriman dan tidak  beramal  dengan amalan soleh.Kerugian juga kepada mereka2 yang tidak berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.
Beruntung lah jika kita berada dalam golongan yang disebut dalam ayat diatas.
Iaitu Beriman dan beramal soleh dan berpesan dengan kebenaran dan kesabaran.
Islam telah mengajak manusia mementingkan pengunaan masa dan pengurusan masa yang betul dalam kehidupan seharian.Mereka yang gagal mengurus masa dengan betul akan kerugian dan ketinggalan dalam semua aspek kehidupan
Pernah kah Kita perhatikan perjalanan masa hari ini bagaikan cepat sedangkan masa adalah masih lagi 24 jam sehari semalam ... Kenapa yaaa?

Ps: Perpatah Melayu ada menyebut Masa itu Emas.
     Bagi kita orang kebiasaan tidak dapat melihat masa sebagai suatu yang bernilai . Kenapa saya berkata begitu kerana nilaian masa bagi orang kebanyakan hanya beberapa sen sahaja seminit.Tetapi jika kita  adalah ahli perniagaan yang berjaya dan nilaian pendapatan sehari ratusan ribu dollar atau ringgit baru kita sedar bertapa nilai masa tersebut.Setiap detik adalah duit dan wang ... dimasa itu baru kita sedar betapa nilaian masa.
                                                                                        





1 comment: