Friday, November 19, 2010

semut dan ambo


Apa itu kehidupan Dunia .
 Kehidupan dunia dibandingkan dengan akhirat seperti setitik air dilautan yang luas.Kepayahan dan penderitaan di dunia seperti setitik air jua berbanding kesakitan akhirat, umpama lautan yang luas tiada penghujungnya.

Firman Allah s.w.t.. Bermaksud:
 Adakah kamu senang dengan kehidupan dunia ini sahaja dan tidak dengan kehidupan di akhirat?Malah keuntungan didunia ini tidak ada apa-apa dibandingkan dengan kehidupan di akhirat.
(surah 9 ayat 28) terjemahan.

Maksud hidup ini.
1.Menjadi diri kita hamba Allah s.w.t yang tunduk kepada segala perintahnya.
2.Menjadi umat Nabi Muhamad s.a.w menyuruh kepada kebaikan dan melarang kepada segala kejahatan.

Kehidupan yang baik adalah apabila memperolehi :
1.Ada ketenangan dalam hati dan kehidupan.
2.Sentiasa berada dalam Rahmat Allah.
3.Diberkati oleh Allah untuk umur,zuriat dan rezeki.
4.Dikasihi oleh makhluk lain
5.Doa yang diterima oleh Allah s.w.t

Nabi s.a.w ... pernah bersabda:
 Dalam badan manusia ada seketul daging.Jika baik daging ini maka baiklah anggota manusia itu.Jikalau buruk daging ini maka buruklah anggota manusia.Daging itu ialah KALBU (hati).
Jadi sama-samalah kita berusaha keatas hati (Kalbu)dengan zikir-zikir yang dilakukan pada setiap masa dalam kehidupan seharian.

PS: Ilmu dan Amal adalah keutamaan dalam proses penjernihan jiwa .Umpama semuk yang kerjanya adalah berzikir kepada Pencipta Nya pada setiap masa.Pernah satu ketika Rasulullah melarang dari membunuh semut.
Dari  Abu Hurairah r.a katanya" Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :
   Seekor semut menyengat salah seorang nabi,Nabi itu pun menyuruh mencari sarang semut itu lalu membakarnya.Allah menurunkan wahyu kepada Nabi itu" Sesungguhnya hanya kerana seekor semut yang menyengat kamu,dan engkau membakar salah satu makhluk yang bertasbih kepada tuhan(berzikir).

Hadis Bukhari Muslim.

No comments:

Post a Comment