Ambo Menulis bukan Kerana Nama Dan Semuk menjadi inspirasi Ambo Kerana Sifatnya Yang Hampir Sama dengan manusia.Berkomunikasi,Berkelompok,Gigih,Rajin,Kuat Bekerja ,Bergotong-royong,Taat dan Cakna pada Komuniti Nya.Marilah teladani sifat kaum Semuk.Kita semua ada memiliki Ciri-ciri yang mulia ini.Kita dan Semuk adalah Hamba NYA.
Friday, November 19, 2010
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (30)
Roghyat Bari /Penceritaan Ambo dan Semuk...
MAIN TERI DAN BAGGEH - BANGKIT ANGIN
Bercerita tentang masyarakat Kelantan zaman dulu memang banyak berkait dengan perkara ritual dan mistik. Ini desebabkan dari pengaruh Hindu dan Animisme yang masih tebal pada ketika itu, yang akan menjurus kepada perbuatan dan kepercayaan tahyul dan syirik. Namun begitu Ambo nok roghyat jugok sebagai pedoman dan ingatan bagi yang mahu berfikir.Perpatah ada menyebut Yang buruk jadikan sempadan Yang baik jadikan Teladan. Kalau dahulu semasa Ambo dan saing2 bermain di pinggir kampung Ambo sering terjumpa Sangkok buluh yang berisi kelapa muda dan sebatang rokok ciggarate.
Kalu tidok rokok Tigo Limo (555) atau Rokok Signal paling kurang rokok daun.
Sekarang perbuatan ini telah lupus ditelan kemodenan perbuatan mero dan syirik ini tidak diamalkan lagi oleh generasi alaf baru.
Mungkin bari Ambo kali ini agak pelik dan janggal bagi masyarakat moden di zaman internet dan alaf ke 20.
Peristiwa ini Ambo sempat hadir dan lihat semasa berada di Kg Darat (Demit) dalan tahun awal 70an dulu. kisahnya terjadi apabila Mok Sepupu Ayah ambo sakit lama dan uzur duk selebing atas tikar kuang.Entah tak tahu kisah macam mana ada warih-waroh setuju ingin mengadakan upacara perubatan melalui Main Teri dan Baggeh.Lalu Tok Teri atau Tok Baggeh dipanggil untuk mengadakan upacara perubatan /ritual itu.
Pada malam yang dijanjikan semuo anok beranak dan jiran sekitar bekumpul di laman rumah Arwah Mok Su Nab (si pesakit) pada pukul 9 malam upacara Baggeh dimulakan oleh kumpulan Main Teri.
Dengan iringan Rebab dan serunai upacara bermula dengan mentera bangkit angin/semangat.
Si pesakit Mok Su Nab diletak ditengah gelanggang dan di kelilingi secara bulatan olen kaum kerabat,anok cucu,warih waroh dan penduduk sekitar sebagai penonton.
Tok Teri dengan Manggar nyior mudo/mayang kelapa ditangan sibuk menghayun dan membedal kearah lantai atau keatas tikar mengkuang yang di hampar sebagai gelanggang. Proses Bangkit usul dan semangat berjalan hampir 1 jam lamanya semakin lama semakin rancak tempo . Tok Minduk sebagai perantara ,antara Tok Teri dengan pesakit dengan rambut yang panjang dia memusingkan kepala Ambo tengok macam kipas helikopter jadinya. Hok Mano angin toho/semangat rendah mulai ikut serta menari dan hayun kepala .Tak lama kemudia si pesakit pun ikut serta bangun dari pembaringan dan mula bercakap dan menjawab pertanyaan dari Tok Teri. Magic happen ....Sekali dengar macam bahasa siam dan campur dengan loghrat Kelatte pekat , Ambo sendiri pong dok buleh paham sebutir habuk sebab Ambo duduk agak jauh sedikit kerana penakut.
Demo dok kato dio ado angin dewo mudo ambo pong dok pehe,staroh paroh gappo hok dio duk sebut .
Setelah selesai upacara si pesakit sudah boleh berjalan perlahan2 dan mula bercakap2 dengan anok2 dio.
Pada kesokkan nya dia sudah boleh makan dan minum dan boleh bercakap dengan warih-waroh yang datang melawat.
PS: Upacara ini Ambo hadir bersama Mek Ambo masa kecik- kecik dulu,lepas itu dok rajin temu lagi baso ngubat sakit denge Maim Teri dan Baggeh- Bangkit Angin.
Ambo duk raso set ning ado mero.....Wallahuaalam Naauzubillahminzaalik....
Sekak banyok klinik dan hospital dibina,Tok Teri dan Tok Baggeh doh Tock laku ,sakit pening demo pakat gi cari Doktor di HUSM... Hospital HUSM dibina pada awal tahun 80an di Kg Darat,Demit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment