pemakaian bangsawan kelantan |
Pemakaian Tradisi Kelatte.
Ambo Nok Roghyat Bari Lagi:
ore jate |
Masa dulu corak pemakaian tradisi seharian kaum lelaki Kelantan(kampung) yang sinonim dan sentiasa Ambo lihat adalah berkain pelikat atau kain batik yang di kilas dan disising sehingga paras betis di bawah pada lutut.Sehelai kain lepas(kain tudung panjang)ada di ikat dan di lilit dibahagian pinggang,dipinggang terselit sebilah kelewang atau golok bong ataupun paling tidak sebilah sadat.Pada bahagian kepala sehelai lagi kain lepas di buat semuttar atau dililit kemas seumpama kain serban.Jarang sekali mereka memakai alas kaki atau selipar ,kasut jauh sama sekali.
Corak pemakaian sebegini adalah berkait rapat dengan tradisi dan aktiviti seharian kaum lelaki sebagai petani dan penternak.
pemakaian semuttar dan kain pelikat |
Bagi kaum perempuan pula kain batik lepas dan kain sarong batik Kelantan menjadi pakaian seharian dan sehelai kain lepas di pakai bagi melindungi kepala dan rambut.Kaum perempuan dewasa suka menyimpan rambut yang panjang kemudian di lilit mengadi sanggol berbentuk siput yang dipanggil sanggol siput,dicelah sanggol pula di selit bunga yang berbau harum seperti bunga cempaka, tanjung atau bunga melur.Pemakaian masyarakat dahulu sanggat ringkas tetapi menepati tuntutan adat dan agama,iaitu menutup aurat.
ore tinno |
Tradisi yang telah dilupakan oleh generasi moden kini.
Makan Sireh Pinang
gobek sireh dan cerano |
katti /kacip pinang |
Tradisi orang Melayu kelantan dahulu amat berkait rapat dengan pemakananan sireh dan pinang Jika adat pemakanan sireh dan pinang adalah satu seni tradisi yang semakin dilupakan dan ditelan zaman, tapi Ambo ingin rakamkan kembali seni ini untuk pengetahuan generasi alaf ke-20.Biar pun sudah luput Ambo amat menyayangi adat tradisi negeri Ambo sendiri.Jika dahulu boleh dikatakan kaum tua sama ada wanita atau lelaki Kelantan mengamalkan adat ini.Masa Ambo budak2 dulu sering melihat nenek saudara,mak saudara dan waris waroh memakan sireh semasa berbual di lambung rumah.Menjadi adat Melayu dahulu tepak sireh atau cerana sirih terdapat pada setiap rumah.Seingat Ambo dalam cerana sireh terdapat pelbagai alat dan kelengkapan wajib untuk pemakanan sireh.
daun sireh |
buah pinang masak |
bagai pinang di belah dua |
1. Daun Sireh,Kapur makan,Gambir,Buah Pinang,
2.Alatan lain seperti Kacip pinang @ katti.
3.Alatan Gobek Sireh.
Tambahan lain seperti tembakau dan daun rokok nipah.
Cara pemyediaan untuk pemakanan sireh adalah Daun sireh akan di calit sedikit kapur makan ,beberapa kacip buah pinang(nipis)dan ditambah sedikit gambir.Daun sireh di lipat menjadi dalam bentuk 4 segi atau 3 segi kemudian di kunyah2 dan lamakelamaan air liur si pemakan akan bertukar menjadi merah-kemerahan.
Bagi moyang atau yang sudah kekurangan gigi dan sukar untuk mengunyah Alatan Gobek Sireh akan digunakan.Campuran tadi akan dilumatkan didalam Gobek dan dimakan setelah ia nenjadi lumat atau lembut.
katti /kacip pinang. |
Selamat mencuba makan Sireh dan piang.
PS: Zaman dahulu depan tangga rumah terdapat dua biji tempayan ,satu sebagai tempat air untuk basuh kaki sebelum naik kerumah dan satu lagi tempayan berisi buah pinang yang di jeruk untuk pemakanan sireh.
PS: Zaman dahulu depan tangga rumah terdapat dua biji tempayan ,satu sebagai tempat air untuk basuh kaki sebelum naik kerumah dan satu lagi tempayan berisi buah pinang yang di jeruk untuk pemakanan sireh.
No comments:
Post a Comment