Ambo Nok Bercerita lagi... Manee Ore Kelatte Dok Raghlit Ado Mace-Mace Jenih.
Ambo dok tengok dan lihat orang Kelantan suko Badi atau bertanding ,Kalau sebut tentang permainan dan persembahan mesti tidak dapat tidak mereka akan mengadakan pesta atau pertandingan yang di sertai ramai.
1. Permainan Wau.
Permainan Wau terdapat dua jenis pertandingan iaitu Wau naik dan Wau cantik(sobek).
Wau atau Layag-layang adalah permainan tradisional di seluruh dunia,Masing mempunyai sejarah dan cara pembuatan dan bentuk yang tersendiri.Di Kelantan Wau yang paling terkenal ialah Wau Bule(Wau Bulan).
Unik wau Bulan adalah kerana bentuk tersendiri dan corak hiasan pada kertas yang di buat amat berseni(di sobek) dengan kehalusan lukisandan seni tekapnya. Ukiran tekap ini bermotifkan tumbuhan,bunga ,haiwan dan ia nya semiteri.Wau pada asasnya daripada buluh yang diraut seimbang dan di ikat memakai benang dijadikan kerangka dan kertas nya ditampal dan di ukir tekap .
wau bule dan ore jate kelatte dengan pakaian asal tempatan pakai semuttar dan kain batik sising paras lutut. |
Antara yang famous seperti Wau barat,wau daun,burung ,kucing dan wau kikik(budak 2 yang main wau ni).
wau barat |
wau kucing |
Wau bulan akan ditambah aksesori di kepala yang dinamakan Busur alat ini akan mengeluarkan bunyi berdengung ,biasanya diperbuat dari buluh dan pita busur dari daun Mulong.Tali utama di sambung kepada badan Wau pada tali lain dinamakan teraju( Wau Bule Teraju Tigo).
Ambo maso kanak2 dulu menikmati permainan Wau selepas musim menuai padi atau lepas ngetam padi.Masa itu sawah telah kering dan menjadi lapangan bermain wau,Kadang kala Wau ini akan di lepaskan dan ditinggal semalaman di padang yang dipanggil direggang sampai pagi.Dengung dari busur wau boleh didengari sehingga larut malam Pemain Wau Bule memerlukan 2 orang ,Seorang tukang Anjjung (melepas wau ke udara) dan sorang lagi pemegang tali utama.
.
Permainan Gasing Uri Dan Gasing Jantung.
Gasing Jantung- Gasing Pangkah. |
Gasing Uri |
Permainan gasing uri amat terkenal di Kelantan ,ia dipertandingkan dengan mengadakan perlawanan kumpulan pemain gasing antara kampung. Keunikan gasing ini adalah kemampuan berpusing sehingga beberapa jam sepepas gasing itu di lepaskan.
Alatan utama adalah Chokok gasing,Tali lilit ,Tempat gasing Berputar.
Gasing Uru di mainkan secara kumpulan masa akan di catit bagi menentukan Gasing dari kumpulan mana yang paling lama bertahan pusingannya.
Gasing akan dilepaskan di atas tempat khas atau gelanggang dan kemudian di angkat dan di letak diatas tempat khas untuk berpusing. dengan menggunakan kayu Chokok.
No comments:
Post a Comment