Tuesday, November 23, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk

tarik upih pinang
Permainan Kanak Yang jarang Di mainkan Lagi....
Permainan tradisional asal Melayu semakin dilupakan oleh generasi d ialaf ke20 ini.Permainan ini sudah dianggap lapuk dan outdated,secara jujurnya semua permainan zaman dahulu amat mencerminkan corak pendidikan dan gaya kehidupan kampung yang banyak menitik beratkan perhubungan erat (silarurahim) antara satu sama lain dalam masyarakat Melayu pada ketika dahulu.
Prinsip asas masyarakat Melayu dahulu bertunjangkan agama dan semangat bersatupadu dan yang memperdulikan hubungan baik jiran tetangga dan amalan ambil cakna sesama sendiri.
Jika dahulu kanak2 boleh bebas bermain dan bergaul sesama sendiri dalam bentuk permainan tradisi yang unik,asas permainan dahulu memerlukan satu kumpulan kanak2 yang berhubung sesama sendiri dengan gaya dan cara perhubungan yang harmoni.Dalam permainan tradisi ada terbentuk satu prinsip asas pembentukan masyarakat yang murni iaitu semangat bergotong-royong dan ambil cakna kawan sepermainan.
permainan dekckok atau ting-ting
deckchok kapal terbang
Seperti permainan ting-ting atao dekchok bagi negeri Kelantan amat terkenal semasa dahulu sebagai permainan kanak2 sekampung,yang mana permainan ini boleh dimainkan sekumpulan kanak2 lelaki dan perempuan dalam satu masa.Kor atau penanda biasanya di perbuat dari tembikat pinggang yang telah pecah.Kor tadi di lempar kedalan petak yang di pilih dan pemain mesti melompat satu persatu sengan menggunakan sebelah kaki sahaja sehingg sampai kepada petak Kor yang di lemparkan tadi tampa mengalami tersalah petak atau jatuh.Jika jatuh pemain lawan akan mengambil alih pula.
permainan dahulu
Permainan Congkak adalah salah satu permainan tradisi yang amat popular dikalangan kanak perempuan mau pun lelaki.Permainan ini memerlukan 2 orang pemain yang menggunakan biji getah atau anak batu sungai yang sebesar ibi jari sebagai buah congkak.Permainan ini memerlikan penelitian dan strategi untuk mengalahkan lawan.Kecekapan pengiraan digunakan dalam permainan Congkak.

permainan congkak


golek para/main getah urat
Permainan lain seperti Lompat Tali, Rumah2 main selambut (batu seremban) dan masak2 bagi kanak2 perempuan.
main lepar tin susu
main lompat tali
Bagi budak lelaki yang lebih lasak bermain guli atau bermain guroh , main nusuk bagi kumpulan.


PS: Anak sekarang bermain Virtual games di komputer atau Play Station bersendirian tiada lagi kawan sepermainan.


No comments:

Post a Comment