Tuesday, November 23, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (33)

isteri tercinta
Penceritaan Tentang Kisah Ambo dan Semuk

Sebagai insan biasa perasaan ingin mencintai dan disayangi sudah menjadi lumrah bagi manusia..Pengkisahan cinta manusia yang hebat menjadi lagenda didalam kehidupan masyarakat didunia yang mungkin dikisahkan secara bertulis dan pencerita dari generasi ke generasi.Contoh kisah percintaan hebat karangan Williams Shakespear - Romeo and Juliet,Bagi masyarakat timur tengah Laila dan Majnun,bagi masyarakat melayu seperti Uda dan Dara.Paling terkenal sekali kasihnya Shah Jahan kepada Mumtaz Jahan dengan terbinanya sebuah monument 7 benda ajaib dunia sebagai ingatan kasih baginda terhadap permaisuri tercinta iaitu Taj Mahal di India.
Pengajaran dan pengalaman dalam hidup memberi kesan yang besar kepada kehidupan kita..Kisah Ambo dan Semuk tidak lah sehebat kisah2 lagenda tersebut.Kerana percintaan dan kasihsayang adalah sebahagian dari perjalanan hidup Ambo ia tetap menjadi kenangan peribadi yang amat berharga.
Ambo sebenarnya telah menklasifikasikan wanita atau perempuan adalah agenda yang ke-169 dalam dairi kehidupan semasa remaja.Pada zaman remaja Ambo tak pernah mengenal Apa Ada Pada Cinta,menjalani kehidupan seharian dengan aktiviti yang jarang melibatkan perempuan.Orang Kelantan kata Tock Bereghi Gewe...Ambo pun bukan jenis playboy atau Mat Romeo.
Tetapi dalam tidak melibatkan diri dengan wanita atau ore tinno ,perasaan jatuh cinta pada pandangan pertama berlaku semasa Ambo berumur dalam lingkungan 22 tahun .Entah macam mana satu hari itu semasa Ambo sedang melepak (hanging around) di atas wokah ,tempat berkumpul semasa remaja pada waktu santai.
Mata Ambo terpandang seorang gadis yang masih dalam berpakaian sekolah (menengah laa) ,Weh Comel Nyoo Budok Tinoo Ning Hati Ambo automatik bergetar dan berdenyut kencang bilo sidia berpaling ke arah Ambo. Hati Ambo berkenan sungguh ke dio kerana ada Something Special About Her.Pertemuan itu berlalu begitu sahaja sehingga beberapa lama ,Dia dengan kisah nya Ambo dengan kisah Ambo.
Ambo mula berkerja pada umur awal 24 tahun.  Kisah ini di imbau kembali.Sidia masa itu masih dibangku persekolahan Sweet 17 lahhh...Sidialah yang paling cantik dalam dunia bagi Ambo.
Dalam tempoh berselang itu Ambo adalah bersua muka dengan gadis idaman Ambo itu masa itu masih lagi sebagai Secret Admire Ambo.Pengubat rinduuu katakan,kerana Ambo sering jugak pergi kerumahnya kerana rumah sidia pada kebetulan sebuah kedai kopi.Sambil menyelam sambil minum Air...tapi Ambo
Sambil minum Air sambil menyelam perasaan cinta..Hee
Nok jadi ko kisoh pada satu hari yang entah dari mana ilham dan keberanian timbul dalam diri Ambo .Ambo memberitahu Emak sidia yang Ambo berkenan benar dengan anak gadis beliau,orang kata ooght senapah .
Sidia masih tidak tahu menahu lagi ,entah kan sudi entahkan tidak atau Ambo bertepuk sebelah tange saja,bagi Ambo itu risiko kemudian ...
Selepas itu Ambo dan Sidia boleh dikatakan rapat dan sering bertemu dan Ambo hanyut dalam alam yang begitu indah dan syadu,Sidia melayan Ambo dengan baik. Emak dan Ayah beliau juga orang yang baik yang pernah Ambo kenali.Perpatah Melayu pernah bermadah Langit tidak selalu cerah dan mendung tidak semestinya hujan.Percintaan Ambo pada pandang pertama putus ditengah jalan setelah Sidia berhijrah ke kota untuk menuntut ilmu disalah satu universiti di Kuala Lumpur.Rupanya Hujan ditengah hari.
Mungkin benar Pipit sama pipit biar Enggang sama Enggang. Perhubungan kami putus dan impian cinta pertama tidak kesampaian jua.Pengalaman ini adalah sebagai pengajaran dan pedoman dalam hidup Ambo.Ambo nekad tidak akan mencari cinta lagi cukup lah yang pertama dan terakhir.Ambo kembali single, sehingga lah Ayah dan Mok ambo jadi kalut dan sering menjodoh kan pilihan mereka kepada Ambo ,tapi hati Ambo tertutup untuk bercinta buat masa itu.Sehinggalah Ambo sampai seru pada umur 28tahun. Ambo dijodohkan dengan isteri Ambo sekarang ,bercinta selepas khawin lebih bermakna dan berbeza nikmatnya..Belum cuba belum tahuu.Perkhawinan ini biar kekal sehingga akhir hayat dan ambo dikurniakan zuriat dari isteri tercinta Roshidah Mohamed pilihan ore tuo Ambo campor Ambo pon kene jugok ke dio.
 Tarikh Perkhawinan Ambo : 06 Nov 1995 @ 2100 Hrs di Lorong  Gajah Mati KB.

PS : sidia (Zerizan) juga sudah memiliki keluarga sendiri ,semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.
Slm. Ambo nok mintak maaf lambat bls. Kisah awak tu sungguh menyentuh hati ambo dr apa yg awak tulis tu sbnrnya apa yg ambo faham perasaan awak masa tu sbnrnya pd ambo taklah begitu kuat. Dr ape yg awak luahkan "bercinta lps ...." tp itu adalah hak awak. Loni ambo mengakui cintailah org yg cinta pd kita. Tp itu sudah terlambat utk ambo.
Tiada perasaan dendam kepada nya kerana darinya Ambo belajar kenal erti cinta dan hati wanita,pengajaran dan pengalaman mendewasakan Ambo,

No comments:

Post a Comment