bunga jarum putih |
Kenali Dan Sayangi Flora Di Persekitaran Anda.
bunga bangkai atau pakma |
Penceritaan Kali ini Adalah Tentang Alam semulajadi dan Tumbuhan.Jika kita tidak memulakan proses pemuliharaan tumbuhan asal (native flora) apa yang tinggal dimasa hadapan adalah sempel specimen yang terdapat dalam Arked sejarah sahaja nanti.
mengkudu |
Tunbuhan yang sering dijumpai disekitar kampung dahulu kini semakin pudar pengetahuan kita tentang kegunaan dan kepentingan nya.
bunga jarum merah |
Kesedaran terhadap kepentingan pengetahuan dan preservation keatas alam semulajadi terutama Flora adalah amat penting. Untuk kelangsungan eko sistem dunia kita denga pelindungan dan penjagaan keatas alam sekitar terutama hutan dan tumbuhan hijau, ia amat penting bagi generasi datang.
Ambo berpendapat sebagai langkah permulaan dan senang adalah dengan meningkatkan keperihatinan terhadap tumbuhan persekitaran kita berada .Anak adalah generasi hadapan yang mesti diajar dan diberi pendedahan tentang Flora dipersekitaran kita tinggal.Sebagai asas kita sediri mesti ada pengalaman dan pengetahuuan untuk mendidik mereka.
keladi chaknet |
Jangan kita memandang remeh dan enteng tumbuhan persekitaran kampung dan semak di sekeliling kita .tentu ada kegunaan dan kelebihan tersendiri terhadap kehidupan seharian.
pokok semalu atau duri kemmang |
Pokok yang sudah jarang kelihatan dan dikenali seperti tumbuhan renek seperti pokok Nappir, Pokok Tepang, Pokok Seringan,Pokok Mata Ayam , pokok seda periuk Lengkuas genting ,angrek putih, tumbuhan resam (paki-pakis) ,pokok langsuir,pokok tanduk rusa,pokok temu dan banyak lagi yang tumbuh subur disekitar kampung dahulu.
pokok keluduk/senduduk |
pokok kapal terbang |
Tumbuhan Air yang selalu kita lihat di alur parit,sungai ,pinggir sungai ,sawah dan tempat berair memberi menafaat tersendiri kepada Eco-sistem semulajadi.
Pokok yang menjadi penghuni sepanjang sungai seperti pokok sagu,mengkuang dan bemban.
Pokok Buluh ,pokok nibung dan akar rotan juga banyak tumbuh di atas tebing pinggir sungai yang berguna kepada masyatakat kampung suatu ketika dahulu daengan kepelbagaian product boleh dihasil kan dari pokok ini.
pokok bemban |
pokok menerong |
pokok mengkuang |
Pokok yang biasa hidup di permukaan air seperti keladi bunting,keladi senduk,teratai ,kiambang dan kangkung sungai .
kiambang |
keladi bunting atau keladi bocheh |
kangkung sungai |
teratai merah |
teratai putih |
keladi bunting |
Pokok melata yang lain seperti akar mempelas atau akar pellas,batang pokok beluru,pokok ribu,pokok lumut dan banyak lagi pokok melata yang dapat dilihat tumbuh disekitar kampung .
Artikel Dalam The Star 23 Nov 2010.Terjemahan dari pembacaan Ambo.
Tajuk: Plants In The Red.by Tan Cheng Li.
Tumbuhan yang Terancam -Hampir Pupus Di Malaysia.
Saintis Tumbuhan (Botanis) sedang memulakan pemetaan dan pengumpulan maklumat tentang kesuburan tumbuhan asal di Malaysia dan dari kajiselidik keputusannya amat mengecewakan.
pokok paku-pakis |
periuk kera |
Pokok yang telah pupus seperti Shorea kuantanensis (Ambo tok pernoh jupo /kenal/dengar specis ini) apa yang tinggal adalah beberapa helai daun kering yang lusuh dan bunga kering tersimpan didalam khazanah di Kepong Herbarium di FRIM.Tumbuhan ini telah lenyap dari segi sains dan kehidupan manusia,tumbuhan ini pernah dijumpai hanya tumbuh di Bukit Goh di Kuantan.Tumbuhan ini lenyap apabila tapak hutan simpan dibersihkan untuk laluan bagi tanaman kelapa sawit.
Tiga jenis tumbuhan di Semenanjung Malaysia dikneal pasti mengalami kepupusan ialah sejenis paku=pakis liar yang tumbuh di Bukit Larut,Perak iaitu Oreogrammitis crispatula dipercayai kali terakhir dilihat sekitar tahun 1952 .
Oreogrammits kunstleri kali terakhir boleh didapati di Gunung Ledang .Johor pada 1880.
Begonia eromischa hilang lenyap dari bumi Penang apabila tapak hutan ditukar menjadi ladang pertanian.
Data tumbuhan botani di Semenanjung Malaysia memiliki sejarah bermula dari 1880 yang telah telah didokumentasikan tetapi tidak di perbaharui datanya.
Penkaji mendapati pengurangan dan terhadnya sumber ini adalah disebabkan oleh kehilangan habitat asal punca ancaman terbesar.Jika habitat asal tumbuhan ini hlang kemungkinan specis terancam ini akan terus pupus dan lenyap .
Malaysia mempunyai sebanyak 15000 spesis tumbuhan asal dimana Semenanjung Malaysia memiliki sebanyak 8300 jenis dan Sabah dan Sarawak sebanyak 12000 jenis specis tumbuhan asal.
Jumpaan yang meranjatkan pengkaji semulajadi dan botani seperti Merawan Kanching(Hopea subalata) hanya tumbuh di Hutan simpan Kanching Selangor.
Keruing Layang(Dipterocarpus sarawakensis) sedang diancam kepupusan kritkal di Semenanjung dijumpai masih terdapat di Hutan simpan Jerangau,Terengganu.
Keruing Padi (Dipterocarpus semivestitus) spesis jenis ini hanya didapati tumbuh di tengah Kalimantan dan Perak sahaja.
Rancangan Perlindungan.
Satu akta undang2 pelindungan terhadap pokok terancam mesti digubal untuk melindungi specis ini dari di tebang atau di ambil dari tapak asalnya.Buat masa sekarang tiada akta lindungan terhadap pokok hampir pupus di negara kita kecuali Akta Hutan Simpan Negara.- Sumber dari THe Star 23 Nov 2010.
Colum Enviroment.
PS: Artikel di tulis semasa bertugas Syif Malam di OGT( Onshore Gas Terminal)
@ 0230 pagi 24 Nov 2010.
Rakan setugas Malam Crew B : En Haqim, M Sunny, Mukminin, Syila, Linda ,Othman Burung, Hj Ismail dan Ambo.

Refflesia Bunga 100 tahun |

No comments:
Post a Comment