Thursday, November 25, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (31)

Bunga Melur atau Jasmine

      
        Kenali Bunga-Bungaan Kampung

Rumah Melayu tidak akan lari dari tanaman bunga hiasan di sekitar halaman rumah. Bunga sudah menjadi identiti bagi rumah Melayu. Bunga yang menjadi pilihan zaman dahulu adalah bunga yang mengeluarkan wangian bila mekar  dan kembang.
Bunga ini juga akan di jadikan penghias sanggul  bagi kaum perempuan. Penggunaan bunga dalam majlis rasmi adalah satu kemestian dalam tradisi masyarakat Melayu.Majlis perkhawinan dan pernikahan bagi masyarakat Melayu banyak menggunakan bungaan sebagai penghias rumah dan pelamin pengantin.Bunga juga di hias di atas dulang hantaran pertunangan dan perkhawinan bagi masyarakat Melayu.

Bunga Tanjung
Warna keputihan danberaiz kecil tetapi mengeluakan bau yang harum dan kuat.Bila ia matang dan mekar akan gugur dari tangkainya. Kaum perempuan akan mengutip bunga yag gugur tadi disulam pada tali atau benang dari urat batang pokok pisang.Bunga yang dicucuk secara panjang di lilit pada sanggul untuk hiasan dan wangian bagi kaum perempuan.
Bunga Tanjung Dan Buahnya.
Bunga Kenanga

Sejenis lagi pokok bunga yang ditanam di pinggir perigi di halaman rumah Melayu tradisi dahulu.Bunga ini juga berbau harum bila mekar dan berkembang.
Bunga Kenanga Cina
Bunga Kenanga cina kebiasaannya ditanam dihadapan laman rumah.

Bunga Kenanga Hutan
Bunga kenanga liar terdapat dipinggir  hutan dan tumbuh dengan sendiri didalam semak dipinggir kampung.

Bunga Cempaka.

Terdapat dua jenis bunga cempaka yang biasa dilihat ditanam di kampung.
Cempaka Putih dan sejenis lagi Cempaka Kuning.
Ada juga kedengaran Cempaka Biru.

Cempaka Kuning

Cempaka putih

  Bunga Melur
Bunga ini amat popular sekali kerana ia senang hidup  dengan penjagan yang minimum dan tumbuh sebagai  bunga dilaman rumah  dan ianya sentiasa mengeluarkan bunga dengan baunya harum   Bunga ini juga akan dijalin pada tali dan dihias pada sanggul rambut wanita Melayu suatu ketika dahulu.
Bunga Melur

     Bunga yang tidak mengeluarkan bau tetapi memiliki warna yang yang menarik dan bentuk yang menarik juga di tanam sebagai penghias laman.


PS: Bunga Rampai adalah gabungan pelbagai jenis bunga dan daun yang digunakan semasa majlis perkhwinan masyarakat Melayu,ia biasa di tabur di atas pelamin pengantin.
Bunga telur adalah buahtangan bagi satu-satu majlis perkhwinan diberi kepada tetamu sebagai kenangan.          

No comments:

Post a Comment