Thursday, November 25, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (34)

tikar mengkuang

Ambo  bercerita lagi....Hasil Kraf Tangan Dari Sumber Persekitaran Kampung.

Masyarakat Melayu amat kreatif dan beinovasi semenjak dahulu lagi dalam penghasilan kraf tangan .Kemahiran ini diperolehi melalui pengalaman dan pemerhatian terhadap alam semulajadi .Dari pada penkajian dan percubaan maka terhasil lah pelbagai hasil tangan yang berseni dan unik.Keaslian kraftangan Melayu melambangkan orang Melayu adalah masyarakat yang berusaha dan berinovatif dalam mempelbagaikan kegunaan dari sumber alam semulajadi.

Pokok dan tumbuhan sekitar tempat kediaman dan kampung adalah sumber utama bahan penghasilan kraf tangan masyarakat Melayu.
pokok buluh

pokok rotan
                                                            Produk dari Pokok Buluh
Banyak kraf tangan adalah di hasilkan dari sumber pokok rotan dan buluh.Kebiasaan mereka akan membuat seni anyaman rotan dan buluh untuk kegunaan harian.Buluh dianyam menjadi pelbagai jenis bekas dan alatan.
Anyaman buluh yang paling utama seperti digubah menjadi bakul,nyiru,bekas menyimpan barangan dan alatan kegunaan seharian seperti kandaran( alat mengangkut buah,padi,rumput dan sebagainya).Selain itu kegunaan buluh tidak terbatas kepada penghasilan kraf tangan sahaja tetapi boleh di olah kepada alatan musik seperti angklong,serunai buluh,kertuk buluh dan alatan permainan seperti wau,meriam buluh dan sebagainya.
Pelita buluh,Tempat simpanan duit buluh (celeng buluh),Bagi makanan pula sebagai bekas memasak seperti pembuatan lemang dan putu buluh.
Sebagai sumber pemakanan juga boleh didapati dari pokok buluh iaitu rebung buluh.
Pengangkutan tradisi yang simple juga boleh diperbuat dari buluh umpamanya rakit buluh.
Jilalau zaman dahulu rumah tradisional  orang Melayu Kelantan dikampung banyak menggunakan buluh sebagai dinding rumah dan juga sebagai pelita ayam.
Pengunaan buluh untuk penternakan binatang peliharaan diguna sebagai sangkar,perangkap dan sarang binatang kesayangan seperti burung dam ayam.(perungkup buluh dan sangkak ayam)
Bagi kaum orang asli buluh digunakan sebagai alatan memburu iaitu sumpitan dan lukah (perangkap ikan) juga sebagai bekas mengangkut air dari sumber sungai.

celeng buluh
                                                       Alatan Tradisi Melayu Dari Buluh.
bakil padi


alat menampi padi
koleksi badang

 PS: Pokok buluh jiga dikenali sebagai Aur.
       Peribahasa : Bagai Aur dengan Tebing.
       Cerita lama : Anak buluh Betong.
       Peribahasa : Bulat air kerana pembentung (saluran batang buluh) bulat manusia kerana mufakat.
                         : Melentur buluh biar dari rebungnya.
       Perbandingan : Suara merdu umpama buluh perindu.

                                                                Hasil Dari Pokok Rotan.

rumpun pokok rotan
buah rotan

Rotan adalah sejenis lagi pokok yang terdapat didalam semak dan belukar di sekitar kampung,kadangkala ia tumbuh dengan banyak dan subur di pinggir sungai juga.Rotan memiliki batang yang elastik dan kenyal ia tahan kepada pereputan dan air.
Rotan menjadi bahan anyaman yang mahal dan istimewa dalam bidang kraftangan dan juga perabut.
Masyarakat Melayu dahulu mengubah rotan menjadi barangan dan alatan kegunaan seharian dirumah.
Kerana rotan amat kuat dan tahan ia digunakan untuk kegunaan lasak dan berat.Rotan di ubah menjadi perabut dan alatan dalam rumah yang berharga tinggi dizaman ini.
 Produk dari anyaman rotan
bakul rotan
lekar rotan
saji rotan
tikar rotan
Perusahaan terhasil daripada anyaman rotan dan kepelbagaian penghasilan perabut yang kuat dan bermutu dapat di hasilkan dari rotan.Dari penghasilan kraftangan dan alatan kegunaan di rumah ia bertukar menjadi perusahaan perabut yang menguntungkan kerana nilai harga yang tinggi dipasaran.
Perabut rotan seperti kerusi,meja,katil dan sofa amat mahal harganya.Ia menjadi perabut mewah yang terdapat di lobby hotel dan kediaman orang berada sekarang.

Ps : perpatah melayu  1.Tiada rotan Akar pun berguna. 
                                 2.   Berkerat rotan.
      Cincin belah rotan(barang kemas) - cincin pertunangan yang terkenal semasa dahulu.

                                                         Pokok Mengkuang dan Menerong.


pokok mengkuang


pokok menerong

Pokok yang kelihatan terbiar dan tidak menarik pada pandangan mata seperti pokok memgkuang,menerong,sagu dan nipah juga amat berguna dalam masyarakat Melayu dahulu.
Dari kreativiti dan kemahiran anyaman ,pokok ini diubah menjadi alat kegunaan seharian dan hasil kraftangan yang menarik.
anyaman tangan tikar
tikar mengkuang dan menerong
tudung saji
Anyaman yang berseni dan teliti mengubah pokok yang tidak menarik menjadi produk yang cantik dan berguna.Hasil dari anyaman tersebut bertukar menjadi topi,saji,tikar ,beg tangan,bekas telur dan banyak lagi alatan dihasilkan.

Ps:  Pantun dari Dari Cerita Melayu Klasik Seri Mersing oleh Seniman  Arwah Nordin Ahmad
         Kajang  Pak Malau Kajang berlipat
            Kajang   hamba mengkuang layu
         Dagang Pak Malau dagang bertempat
            Dagang hamba musafir lalu

     Ambo dan Semuk   
     533 Perumahan Panalex
            Kerteh. 25 Nov 2010.
   
            
        

No comments:

Post a Comment