Friday, November 26, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (35)

Dulang B Dalam kenangan 1997-2002

Perjalanan Masa
Pengalaman sepanjang 20 tahun (1990- 2010).

Dua Dekat masa berlalu pantas meninggalkan Ambo dari  zaman remaja ke alam dewasa dan mrnghampiri kepada persaraan .
Dua puluh tahun yang penuh kenangan,kisah suka dan duka, pengalaman manis,pahit getir pejuangan dalam mengetuai keluarga sendiri dan membesarkan anak-anak. Huh... masa terlalu pantas .

!990-1991
Perjalanan Ambo ceritakan kali ini adalah Pengalaman di awal karier Ambo sebagai salah seorang pekerja syarikat multinasional Petronas.Ambo diterima masuk kedalam organisasi terbesar dan terkukuh di Malaysia bermula dari pelatih di Institute Of Petroleum Nasianal Berhad (Petronas) di Batu Rakit,Kuala Terengganu.-Instep.
Kemudian selepas berjaya selama setahun di INSTEP ,kumpulan Ambo seramai 32 orang di hantar menjalani latihan sambil kerja di lokasi terpilih .Ambo dihantar ke Platform Bekok A pada masa itu masih lagi dibawah kendalian EPMI Inc.Buat pertama kali Ambo menjadi warga pelaut (Offshore man).



Lapangan Terbang Kertih



Ambo pertama kali merasai menaiki helikopter (Choper)dalam  hidup pada tahun 1991 dan perjalanan dari Lapangan Terbang Kerteh ke Bekok A mengambil masa selama lebih kurang 1jam 30 mimit penerbangan.
Setelah berada di pelantar Bekok A selama 6 bulan ,Ambo dan Azman Amran terpilih untuk memeruskan latihan ke Miri Sarawak di Miri Crude Oli Terminal di  Lutong, Kuala Baram.Ambo pertama kali  dapat pengalaman maaklum lah Ambo orang kampung.Gembira sangat dapat menaiki kapal terbang untuk ke Miri. Bermula dari Subang ke Kucing melalui Senai dan sampai ke Lapangan Terbang Miri.Semasa di Miri Ambo sempat melawat telaga minyak pertama di Malaysia iaitu Grand Old Lady.Telaga minyak pertama di Malaysia
di carigali oleh SHELL pada tahun1910.Bermulalah sejarah industri petroleum di Malaysia.
Petronas ditubuhkan pada tahun 1974.
Ambo dan Azman menginap di Piasau Inn dan  semasa berada disana.Ambo sempat juga melawat Lambir Warter Fall dan sebuah perkampungan Melayu dihulu sungai Marudi.Bangunan tertinggi di bandar Miri pada waktu itu yang Ambo lihat  ialah Wisma Pelita.Ambo sempat juga mengunjungi pekan sehari disana meninjau suasana  orang tempatan keluar untuk berniaga.
Ambo dan  Azman  Amran.Ambo merasai kehidupan di Sarawak selama lebih kurang 2 bulan sahaja. Semasa Ambo berada di Miri berita yang tidak mungkin Ambo lupa adalah tentang kejatuhan Kerajaan BN di Kelantan ketangan PAS dibawah pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.
Platform Bekok A Dalam Kenangan-1991.Platform pertama yang membuka kisah kehidupan Ambo di offshore.
Individu dari ESSO personal yang Ambo masih ingat namanya ialah Arwah Kamaruzamam(berlanggar motor kuasa tinggi),Mr Lai Kee Ming (Supv),Abraham Zen (Plat. Supt) P Ramli .Che Wan Ros dan Sabri(Tech)POk Yusof Air Lanas (Chef)
Selepas kembali dari Miri Ambo dan Azman dihantar lagi ke Singapura untuk belayar dengan kapal pengangkut minyak mentah ( Tanker ship) Pernas Duyung.Ambo buat pertama kali menjejaki kaki di Singapura daan masih lagi ingat masa check in di Marina Seafarer Club. Ambo terlalu darat orang kata...
Perlayaran pertama Ambo (maiden voyage) dari pelabuhan Jurong ke perairan Kerteh Terengganu menganbil masa selama lebih kurang 18 jam pelayaran.Kapal tangki  berlabuh di Kertih boyage mooring dan kerja2 pemindahan minyak mentah dari TCOT(Terengganu Crude Oil Terminal) melalui SBM(single boyage Mooring )
ke kapal berlangsung selama beberapa jam lamanya.Kemudiab kembali belayar ke Port Dickson ,Negeri Sembilan   menghantar pukal  ke Shell Refinary Port Dickson.Pelayaran Ambo dengan kapal Pernas Duyong sebanyak dua kali pelayaran sahaja.Package kedua pula dari TCOT ke Penapisan Minyak ESSO di salah sebuah pulau kecil di Singapura.

Rakan lain semasa di Miri adalah Manap Abd Rahman (Melaka)- pencen pada tahun 2009.
Azman B Amran resign Petronas pada tahun awal 1996.
Ambo masih lagi setia  dengan Petronas sehingga penceritaan ini di tulis.

Grand Old lady di Kuala Baram
Ps: 1991 adalah pembuka mata Ambo ke dunia yang lebih jauh walaupu tidak lah sejauh mana pung !
Ambo menulis semasa bertugas malam di Onshore Gas Terminal Kerteh (OGT)
 0300 pagi  @ 26 Nov 2010.


Era Pekerjaan
1991 -1993  Floating Storage Offshore(FSO) di Dulang Field.
FSo- Puteri Dulang Dalam Kenangan
Ambo mula bekerja pada 01 June 1991 bermula di FSO( Floating Storage Offshore) bersama rakan Ambo saudara Azman Amran. Mendapat gaji pertama dalam Petronas pada bulan September 1991.Confirm Ambo sebagai Warga Petronas...Floating Storage mendapat bekalan minyak mentah dari Dulang B sebelum dijual kepada kapal tangki minyak mentah melalui proses Tandem Mooring Offloading.


PS:Bermula episod penghidupan amfibia Ambo 2 minggu di Laut Cina Selatan(Laut) dan 2 minggu di Kota Bharu.(Darat).
 Captain Gargiolo (Nino).Italian dan seorang lagi Captain Olsen (Denmark) sebagai Master di Fso.
 Mr  George dari England sebagai Chef Mate adalah foreigner expatriate semasa Ambo dan Semuk di sana.

1 comment: