Thursday, November 18, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (27)

tepung bungkus
my place in kota bharu

Penceritaan kali ini tentang keistimewaan makanan tradisi Kelantan .


Kalau  Ambo balik ke Kelantan perkara yang pertama terbayang dalam fikiran adalah masakan tradisi yang jarang didapati di iuar Kelantan.Kelantan amat terkenal dengan kuih -muih yang manis-manis belako mungkin disebabkan oleh gadis atau anok daranya manis2 dan menarik heeee... Sebab itulah  Ambo kawin dengan Mek kelate jugok.
Ambo suka beli makanan pagi di kedai Kubang Pasu dekat dengan Masjid Mauhammadi Di bandar Kota Bharu dan kedai2 yang Ambo suka disekitar bandar.Kalau belah petang kepasar Gok Kapor di Kg.Cina.
Disitu terdapat belbagai pilihan makanan Kelantan yang boleh di pilih.Pasar Siti Khadijah adalah pusat penjualan pelbagai makanan tradisi Kelantan dijual dan boleh dijumpai.
 Makanan bagi sarapan pagi yang unik adalah Nasi Tupang,Nasi Belauk Pagi,Pulut Kuah dan Satay ,nasi dagang Kelantan(beras lembut)dan nasi kerabu hitam (biru).
nasi tupang
nasi belauk pagi
nasi dagang kelantan
nasi krabu itam
Disamping itu Ambo suko makan kuih pagi tradisi seperti pulut lepa(panggang),pulut bakar,che mek molek  kuih koci,tepung bungkus dan banyak lagi kuih tradisi yang boleh didapati dan di beli.
che mek molek
pulut bakar

pulut lepa/pulut udang
Kadang2 untuk minum petang Ambo pergi mendapatkan kuih manis kesukaan Ambo di kedai Gok Kapur sambil menbeli barangan dapur ikan segar  yang datang dari kedai Buluh dan sayuran segar dari seberang Pasir Pekan atau hasil laut dari Kg Laut yang dibawa untuk dijual dipasar ini.

tepung serunai
tepung pelita
kuih cucur

pasar besar siti khadijah di jalan buluh kubu
Dalam kepelbagaian makanan istimewa itu terdapat sejenis makanan yang unik iaitu Ettok.
laksam
laksa kelantan
Laksa Kelantan dan laksam adalah makanan malam atau petang yang Ambo suka makan,kuah nya dari sumber ikan tamban dan banyak ulam-ulaman sebagai assesori tambahan.
tempat jualan biasanya atas gerei
Paling istimewa apabila bulan Poso atau Ramadhan datang banyak Pasar Ramadan di adakan diseluruh Kelantan ,khas nya di sekitar bandar Kota Bharu.Jualan kuih dan makanan tradisi dilambakkan dengan pelbagai rasa,jenis ,warna dan resepi unik negeri Kelantan.Makanan manis menjadi keutamaan kiuh dari Kelantan yang di adun dari tepung beras,pulut dan penggunaan telur itik dan ayam.Pemanis yang biasa digunakaan adalah Gulo dan Nissan kerek.
tahi itik

teri mandi
saguppa
nikbat
lompat tikam
jala mas
Kepelbagaian masakan dan kuih menjadikan negeri Kelantan amat unik dalam amalan permakanan masyarakatnya.
akok bunga
akok kedut
buah tanjung
butir sagu
Lauk pauk pula di pelbagaikan dari sumber makanan laut,herba dan tumbuhan dan dari sumber haiwan ternakan dan sumber hasil dari sungai .Makanan yang jarang dijual luar dari Kelantan seperti kerabu sare dan Ettok.
ayam percik
percik perut ayam
solok lado
DiKelantan kuih pada kebiasaan di panggil Tepung.
gelembung buaya
jering rebus
kasui
tepung manis ubi kayu
lepat pisang
lepat ubi
putu halba
tupat dakap
Makanan pelik2 lompat tikam ,tahi itik....Amazing And Unique Of Negeri Kelatte.

No comments:

Post a Comment