Pokok Seribu Guna |
Pokok kelapa tergolong dalam tumbuhan palma yang amat sesuai tumbuh di iklim khatulistiwa, pokok ini amat banyak tumbuh dan ditanam di negara kita Malaysia.Semenjak dari zaman berzaman pokok kelapa amat sinonim dengan masyarakat Melayu,kepelbagaian dan versatilelitinya Pokok ini amat berguna kepada kehidupan masyarakat Melayu.
Bermula dari batang sehingga ke pucuk kelapa boleh di pelbagaikan pengunaan dan banyak hasil sampingan dapat dihasilkan dari pokok ini mengikut citarasa dan kepandaian masyarakat kita mengolahnya.Jika dahulu masyarakat Melayu tinggal di kampung dan rumah mereka tidak dapat tidak akan terdapat tanaman pokok kelapa,boleh dianggap sebagai tumbuhan wajib. Datuk nenek kita dahulu menggunakan pokok kelapa sebagai tanda atau penunjuk kepada umur bagi anak2 mereka.Masa itu mereka akan menanam pokok kelapa bersamaan dengan tarikh kelahiran anak mereka.Fakta ini Ambo dapat dari cerita bari dari Mok Saudara Ambo ,Gemuloh Mek Selamoh sewaktu kanak2 dahulu.
kelapa muda dipetik untuk dijadikan minuman. |
Pada asasnya kelapa kelihatan seaakan sama sahaja dari segi fizikal dan biologi nya ,yamg membezakan spesis kelapa adalah disebabkan bentuk buah dan rasanya.Pelbagai nama dikenakan nama yang biasa ialah kelapa pandan,kelapa mawar,gading,serendah dan sebagainya.
pengumpulan air nira |
gula melaka/nisan kerek dari gula ini boleh dijadikan sejenis kundapan tradisi kelantan iaitu coklat nissan. |
Air tuak atau nira boleh di jadikan minuman dan ia boeh diproses menjadi nisan kerek atau gula melaka.
tok nyadat |
air nira kelapa atau tuak kelapa air nira amat popular semasa bulan ramadan di kelantan.Ambo adalah seorang dari peminat air tuak . |
Perkerjaan mengutip kelapa dari pokok kebiasaannya kalau di Kelantan mereka menggunakan monyet atau beruk yang terlatih.Tuan monyet hanya perlu mengarahkan arahan dari bawah pokok sahaja sementara beruk akan memilih kelapa yang sepatut digugurkan.
beruk dan tuan nya, |
Ada satu lagu kanak-kanak yang didendangkan semasa mendodoi bunyinya'
Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk biar ramai
Emak upah susu
Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak pergi kerja...
Zaman Ambo kanak2 dahulu di tahun 70an orang kampung Ambo mengambil santan kelapa yang sudah gugur kerana tua atau telah matang.Dimana kulit buah nya telah berubah kepada warna colklat tua.Semakintua buahnya semakin banyak santan dihasilkan.Santan yang di kumpul dari kelapa yang tua itu ditanak untuk menghasilkan minyak kelapa tanak.Minyak ini digunakan untuk tujuan mengoreng.
Alat yang digunakan untuk mengumpul isi kelapa keluar dari tempurung dinamakan kukuran atau Koran .Sekarang alat ini telah lenyap didak digunakan lagi ,pergi pasar beli yang sudah di parut oleh mesin atau beli terus santan pekat. Habis kisah ...Amalan tradisi dilupakan oleh generasi X.
kukuran atau koran nyior |
dapur kayu tempat aktiviti memasak masyarakat melayu tradisi semasa zaman dulu |
Kegunaan sampingan pokok kelapa adalah dari daun di jadikan anyaman bagi bungkusan ketupat .
Lidi juga di perolehi dari daun yang digunakan sebagai penyapu di masa dulu.
Pelepah kelapa yang tua boleh di jadikan sebagai sumber bahan bakar bagi dapur kayu.
Lidi juga boleh di ubah menjadi anyaman sebagai pelapik periok yang dinamakan lengkar.
Tempurung boleh diubah menjadi barangan kraf tangan yang eksotik.
Gayung penceduk air boleh di buat dari tempurung kelapa tua,masa dulu alatan gayung amat popular dikalangan rumah melayu lama kerana kegunaan tempayan naga sebagai bekas menyimpan air di rumah.
Batang kelapa pula boleh dijadikan titi menyeberang parit.
Pokok kelapa ditebang semasa kenduri bagi mengambil sejenis sayur yang di panggil umbut kelapa.Umbut kelapa dicampur kedalam gulai kawah kenduri khawin dan boleh dibuat acar masak umbut kelapa.
Dari kelapa yang masih muda di cungkil lapisan dalam yang di panggil mumbang kelapa juga boleh di campur kedalam gulai kawah.
Kelapa yang tiada isi dan air dinamakan kelapa komeng.
Kelapa yang sudah menjadi benih jikalau dibelah kita akan dapatkan sejenis isi yang dinamakan tumbong
nyior.
Kelapa yang rosak dinamakan nyior makan ke bulan.
Lempeng nyior adalah makanan tradisi Melayu Terengganu.
Kundapan tradisi rakyat kelantan yang dihasilkan dari parutan kelapa ialah Saggon Nyior ,makanan kanak2 ini tidak lagi popular sekarang semenjak kehadiran Chikadees Chap Ayam Pada awal tahun 70an.
Pokok lain yang dipanggil kelapa adalah kelapa sawit tanaman komoditi penting Malaysia.
Sejenis lagi adalah pokok Kelapa Laut atau Pokok Tar.
Atikel ini ditulis dan digarap pada 18 Nov 2010 bersempena hari lahir yang ke 43 tahun Ambo dan semuk. Sayang Arwah Ayah Ambo tidak tanam pokok kelapa semasa hari kelahiran Ambo ,seperti amalan tradisi zaman dahulu jikalau tidak mungkin pokok kelapa itu tumbuh tinggi dah.
Ambo dan Semuk @ 0130 Am .Hari Raya Aidil Adha Ke -2.
PElaNgi MaLLKonDoMiniUm
Kota BHaru.
Jalan Post Office Lama
Kota Bharu Kelantan
No comments:
Post a Comment