|
Terung pipit/Terung Anggur |
Penceritaan : Ulam-Ulaman Dan Flora
Ambo dan semuk adalah pencinta alam semulajadi dan peminat kepada ulam-ulaman tradisi . Dek kerana sudah biasa dengan kehidupan kampung ulam-ulaman adalah sebahagian dari sumber makanan harian.Ulam tradisi adalah satu dari sumber tumbuhan yang mudah diperolehi di sekitar kediaman, dikawasan kampung.Kesedaran tentang amalan permakanan ulam amat bagus dan baik untuk dijadikan amalan permakanan seharian.Ulaman kebiasaan nya tidak ditanam secara khusus seperti tanaman sayuran,tetapi tumbuh secara semulajadi di kawasan semak,pinggir sungai,sawah dan didalam kebun tanaman.
Kerana jarang kajian tentang khasiat dan kegunaan ulaman kampung di buat kita tidak mendapat infomasi yang tepat tentang kegunaan khusus tumbuhan liar ini.
Secara tradisi ulaman di ambil semasa memakan nasi.Pada kebiasaan ia di ambil secara mentah , rebus (chelor)dibuat kerabu,dan di buat sayur atau di campur kedalam gulai.
|
keladi moyang/kemoyang |
|
pucuk gajus |
|
pucuk putat |
Ulam boleh di ambil dari sumber pucuk muda,daun,buah, batang malahan dari sumber akarnya.Bertapa amalan permakanan tradisi Melayu dahulu sangat berkait rapat dengan sumber alam dari situ kita boleh memupuk kesedaran terhadap kepentingan menjaga alam sekitah bagi kelangsungan generasi hadapan.
Bagi Ambo dan semuk amalan permakanan ulam adalah satu cara kita boleh memupuk rasa kesedaran dan kepentingan memulihara alamsemulajadi dikalangan anak2 kita.
|
petai belalang |
|
pucuk kaduk |
Sekiranya kita tinggal dikampung bahan tumbuhan ulam lebih senang diperolehi dari sumber asal dalam habitat nya.Ulam yang boleh di perolehi dengan cara menanam dikebun atau disekitar rumah bagi mereka yang gemar berkebun.Antara yang senang di tanam seperti pokok kacang botol,pokok cekur manis,cekur,pokok kunyit,pokok timun batang,kacang panjang ,terung ,tennei pucuk ubi keledek atau stelor pucuk labu dan pokok ini senang dijaga dan menghasilkan tuai dalam masa singkat.
|
daun cekur manis |
|
jantung pisang |
Ulaman yang senang didapati disekitar kampung seperti pucuk jambu golok/gajus,rebung,miding,keladi moyang,daun kemunggal dan daun serai kayu(pokok samok),pucuk panjjang dan pucuk bekkor.
|
pucuk paku |
Bahan ulaman yang boleh didapati di dalam semak atau pinggir kampung seperti rebung buluh,pucuk bekor dan buah bekkor boleh di buat kerabu.
|
rebung buluh |
|
genuak/kerdas |
Ulaman yang diperolehi dari hutan dan tanaman kekal seperti jering,kerdas dan juga petai kesemua ini ada kelebihan masing2.
|
petai |
Kebaikan mengamal pemakanan ulam sudah banyak terbukti kerana ia adalah sumber utama zat besi,vitamin dan sebagai egen penghadaman yang baik kerana serat tinggi terkandung didalam nya.
Ulaman juga boleh menambah daya tahan tubuh terhadap toksin dan ancaman penyakit lain seperti diabetis,darah tinggi,serangan jantung dan juga berkebolehan untuk awet muda, amalan baik pemakanan ulam
boleh mengurangkan pengambilan ubatan moden dan vitami tambahan dari klinik atau farmasi.
|
jering |
PS: Permakanan adalah satu cabang budaya.Kekal permakanan ulam dan teruskan budaya masyarakat
Melayu.Kelangsungan budaya boleh di pupuk kepada anak2 melalui gaya permakanan dirumah.
No comments:
Post a Comment