Monday, November 15, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (25)

muara sungai sabak
Penceritaa Ambo: Pantai Dasar Sabak
Perjalanan dengan Basikal Unta Arwah Ayah dari Kg Pulong Hingga Ke Pantai Dasar Sabak.Pengalaman ini dirakam semasa Ambo dalam Tingkatan 2 sewaktu cuti sekolah . Pantai yang paling hampir dengan kampung Ambo adalah Pantai Dasar Sabak.
Perancangan untuk mandi pantai telah dibincang diantara geng kampung Ambo yang terdiri dari Mahazar,Semang Busu,Arwah Imi,Nasir pok Wel dan Pendi Pak Chu Kadir.Kami masing akan pergi kesana pada pagi Jumaat dengan berbasikal.Jarak perjalanan ke Pantai Dasar Sabak dari Kg Pulong dalam 12 batu.
Seperti yang dijanjikan pagi hari Jumaat yang cerah kami memulakan perjalanan bermula dari rumah Mahazar,seperti biasa dialah Mastermind dalam group kami.Masing dengan basikal dan sedikit kelengkapan asas dan berbekal kan sedikit wang saku.Memulakan kayuhan dalam phase bersahaja sambil memerhatikan suasana perjalanan.Pada masa itu kenderaan yang berada di atas jalanraya boleh di bilang dengan jari atau berselang dengan kenderaan komersial yang lain.Jumlah kenderaan diawal ditahun 80an tidak banyak seperti sekarang 2010.Menyusuri jalan utama ,Jalan Pasir Putih -Kota Bharu dan memasuki Lorong Kubur Tok Kenali,Ambo sempat melalui pinggir pagar kawasan kubur tersebut dari sini Ambo dapat lihat dengan jelas makam Arwah Tok kenali kerana terletak berhampiran dengan lorong yang kami lalui.
Menyusur lagi dan Kami bertemu pula dengan kawasan Tangki Air awam, dan kami terpajsa melintasi jalan menghala kearah Wakaf Stan (jalan Wakaf Stan).Selepas itu melalui lorong kampung menuju ke sebuah rumah binaa lama yang tersergam agak besar ,yang Arwah Ayah Ambo panggil kawasan Ini sebagai Baloh Raja.Kawasan ini berada di sebelah dengan kawasan padang sekolah Aneka (menengah).
Berkayuh lagi menuju ke jalan utama Kubang Kerian- Sabak.Melalui lagi dibahagian hadapan sekolah menengah dan terdapat satu kawasan simpanan bas SKMK yang  Ambo panggil Net Bus.
SKMK = Siang Kerja Malam Kerja
Melepasi kawasan itu kami melalui jalan Sabak disini bermulanya kawasan sawah padi yang menganjur luas sayup mata memandang pada ketika itu yang di panggil Padang Kenali.Padang tersebut berada di sebelah kiri menghala ke Sabak.
Menyusur lagi melalui Kg Attah Nokkok(disini Gemuloh Pok Loh tinggal , bapa saudara Ambo) Pada masa itu pembinaan Hospital universiti sedang rancak berjalan yang meliputi satu kawasan yang luas.Selepas dari kawasan pembinaan tersebut ialah Kg Darat disini Bapa  saudara Gemuloh Wak Daud.Kg Darat tinggal,yang juga asalnya nenek Ambo Mek Bungo .
Berkayuh lagi melintasi Kg Darat menuju ke Sabak melalui Kg Demit dan terdapat sebuah sekolah rendah disini iaitu Sekolah Rendah Demit.Melepasi dari sekolah tersebut rumah orang semakin jarang kelihatan sehinggalah sampai ke simpang menuju ke Kedai Lalat, menyusur lagi sehingga sampai ke Kg Kemumin.
Kg Kemumin kelihatan damai dengan  pokok kelapa yang banyak membanjari disekitar rumah kampung.
Simpang yang terakhir sebelum sampai ke Pantai Dasar Sabak ialah pembahagi arah satu ke arah Kg Pulau Gajah dan satulagi kearah Kg Parang Puting dan Air Port Pengkalan Chepa.
Kami sampai di perkampungan nelayan pantai Kg Dasar Sabak,melintasi jambatan merintasi anak sungai.
Dari kejauhan pantai yang memutih dihempas ombak laut Cina Selatan. Dipantai kelihatan binaan konkrit lama masih tersergam kukuh dibenam pasir pantai Sabak.Binaan itu adalah peninggalan Perang Dunia ke-2,Semasa British menentang penaklukan Jepun keatas Tanah Melayu pada tahun 1942-45.
Penaklukan Tentera Jepun bermula pada 7-8 Dis 1941 dengan pendaratan tentera nya di Pantai Pak Amat ,terletak tidak jauh dari Pantai Dasar Sabak.

                                                                            
Pillar Box

                                                                          

Kubu konkrit atau Piller Box. Sekarang binaan ini telah hilang ditelan Laut Cina Selatan tiada berkesan lagi.
Ambo dan geng mandi dan beranbat disepanjang pantai ...........
Pantai Dasar Sabak
          
Nelayan Pantai Dasar Sabak
Pantai Dasar Sabak
suasana 
deretan perahu nelayan pantai Sabak
 PS: Mahazar sekarang berada di Mersing sebagai Polis.
      Arwah Imi meninggal pada tahun 2005 disemadikan di kuburan Tok Kenali, Alfatihah .
      Nasir Pok Wel berada di Kg Pasir Jelatang
      Pendi Pak Chu Kadir berada di Kg Badang,Kedai Buluh.
      Ambo dan semuk sedang berada di Kemamang semasa penceritaan ini ditulis.
     Kawam paling rapat Ambo dan semuk masa remaja.                                                                          

No comments:

Post a Comment