Mengail udang
Nag dan Hil-mann menunggu di tebing
Pada cuti penggal persekolahan 2013 ,anak mengikut Ambo pergi memancing di pinggir tebing Sungai Kelantan. Berbekalkan anak udang putih yang dan sedikit cacing nipah (opor-opor) berwarna merah yang di beli di kedai pancing ,kami memancing udang di Sungai Kelantan.Air sedang berolak pasang dan amat sesuai untuk memancing udang.
Hari itu suasana amat baik dan tidak begitu panas.Air nya warna " bulu kera" dan tidak terlalu sejuk.Setelah mendapat port yang sesuai ,kami mula melabuh kan umpan di bawah sebatang pokok ara yang sedang berbuah lebat dan ada yang masak dengan warna kemerahan.
Setelah beberapa ketika joran mula bergerak -gerak menghenjut ,joran udang melentok dengan tali pun menegang ,setelah dijulang sedikit saya mula memusing pengayuh sebentar kemudia kelihatan lah sepit biru dengan janggut di permukaan air sungai yang berolak-olak kecil.
Hasil pancingan ditepi tebing.
Hari itu rezeki amat baik Ambo dan anak dapat dalam lebih dari sekilo udang galah yang bersaiz kecil dan besar yang bersepit biru dan tak bersepit .
Selepas tiada lagi sambutan dari udang di port bawah pokok kayu ara saya beralih ke sebuah rakit pula. Joran di atur dan menunggu sambutan dari si sepit biru.NA-G dengan ikan duri .
Alhamdullilah selama 4 jam menunggu sungai dari pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari ,kami dapat lah lebih kurang sekilo lebih sepit biru dan yang sang bertelur untuk di bawa balik.
Saiz 2 jari yang galak menarik umpan.
No comments:
Post a Comment