Tuesday, November 30, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (41)



Dikir Barat Satu Fenomena ...Satu lagi produk Asli Kelatte selepas BuDu.



Ambo Nok Cerito lagi Pasal kesukaan Ambo dari dulu sapa looning ,Pasal Halwa telinga Dikir Barat.
Dikir barat denge Ambo dah sebati mace gandung keno uli,Ambo masih ingak pasal masa dulu duk dengar Rancange Dikir Barat dalam radio siaran RTM Kota Bharu Wakaf Che Yeh.
Dalam tahun2 70an dan 80an terdapat rancangan khas Dikir Barat pada petang Sabtu pukul antara 2-3 petang setiap minggu. Ambo tunggu sokmo time siaran dio main di radio.
Kadang 2 worih Ambo ,Pok Su Amid ayah kepada Arwah Imi Che Tok selalu maghri kerumoh kerano nok dengar dikir barat sambil2 tunggu Berok dio duk pulah buwoh nyior masa Dio maghri amik upoh ppanjat buwoh nyior. Buke dio yang panjat tapi Mek Wok( monyet tinno) dio hok rugkah pokok nyior.
Kisoh semula pasal dikir Barat hok ramai peminat di seluruh Kelantan malah keseluruh negara melangkau ke selatan Thai jugak.

Tokoh Dikir Barat.

Pok Leh Tapang (1927-2006)
Asal siloh Dikir Barat di perkenalkan oleh Pengasas Dikir Barat iaitu  Hj Mat Salleh Hj Ahmad(1927-2006) dalam tahun awal 40an belum pada Perang Jepun lagi di negeri Kelantan.Panggilan glamour dio Pok Leh Tapang.Mula memperkenalkan dikir bermula di Kg Tapang, Panji Kota Bharu.Persembahan ini pada asas nya adalah pantun yang dilagukan dalam irama ciptaan Pok Leh Tapang sediri.Pantun ini di lagukan secara sepontan dan berlagu.Dia memperkenalkan idea Tukang Karut dan Tok Joro dalam berdikir Kelantan,

Seman Wau Bulan.(1940-2005)
Kalau bercerita pasal Dikir Barat tidak sah jikalau tokoh ini tidak di cerita dan disebut. Beliau Seman  Mamat berasal dari Kg Pelunggur Bacok ,Kelantan.Beliau bermula dengan kumpulan dikir puak Kg pondok Kubang Tin di Peringat dalam tahun 1958.Tokoh dikir barat ini memperkenalkan Lagu Dikir Barat yang mrnjadi lagennda iaitu Lagu Wau Bulan yang iramanya dipanggil Irama Wau Bulan.
Kumpulan lagu dikir barat terakhir beliau 1-6 judul di terbitkan pada 2000 membawa Kisah Hikayat Dewa Muda.
Kedua dua tokoh ini menjadi Lagenda Dikir Barat Asli.

Selepas itu bermulalah generasi Dikir Barat di seluruh negeri Kelantan dan Selatan Thai.Antara Pendikir yang terkenal seperti Awang Ikan Duyung,Jusoh Kelong,Hussin Gelang Mas, Hussin Belimbing,Pok Ko Mat, Mat yeh Anok singa,Daud Bukit Abal,dan berpuluh-puluh lagi pendikir yang terkenal timbul dari kelantan Dan Selatan Thai. malah ada pula dari kalangan pendikir kaum perempuan juga seperti Norma Dahlia, Sapinah Putih Kuning, Faridah Bobbydan ramai lagi.



 PS: Kumpulan Dikir Barat ini telah melangkau sampai ke luar negara dan ditubuhkan oleh Anak2 Kelantan dan Besut yang belajar di sana.Malah Kumpulan Dikir Barat telah mengadakan persembahan ke serata dunia.

No comments:

Post a Comment