Puisi Koleksi Peribadi.
Layang-Layang Perkhawinan
Carilah buluh yang kuat jenisnya
Untuk di buat kerangka
Sebuah layang-layang perkhawinan
Raut dengan sempurna
Ukur biar tepat
Tulang belakang mesti teguh
Timbanglah bilah sayapnya
Biar seimbang
Kiri dan kanan
Berhati-hati lah semasa
Mengikat bilah menjadi kerangka
Sebuah layang-layang perkhawinan
Sempurnakanlah sebuah layang-layang mu
engkau menampal
Sebidang kertas yang berwarna-warni
biar elok dimata
Ukirlah corak dari bunga-bunga yang kembang
Baunya biar harum
Bina teraju biar molek
Jangan biar sengget
Talinya dari benang yang teguh
Angin dipadang amat kencang
Dan biar anak-anak mu
Menjadi si pelayarnya
Ajarlah mereka tentang
Api,Air,tanah dan angin
Supaya layang-layang perkhawinan
Dapat bertahan dalam ributhujan
Layang-layang perkhawinan
Carilah buluh yang kuat jenisnya
Untuk di buat kerangka
Sebuah layang-layang perkhawinan
Raut dengan sempurna
Ukur biar tepat
Tulang belakang mesti teguh
Timbanglah bilah sayapnya
Biar seimbang
Kiri dan kanan
Berhati-hati lah semasa
Mengikat bilah menjadi kerangka
Sebuah layang-layang perkhawinan
Sempurnakanlah sebuah layang-layang mu
engkau menampal
Sebidang kertas yang berwarna-warni
biar elok dimata
Ukirlah corak dari bunga-bunga yang kembang
Baunya biar harum
Bina teraju biar molek
Jangan biar sengget
Talinya dari benang yang teguh
Angin dipadang amat kencang
Dan biar anak-anak mu
Menjadi si pelayarnya
Ajarlah mereka tentang
Api,Air,tanah dan angin
Supaya layang-layang perkhawinan
Dapat bertahan dalam ributhujan
Layang-layang perkhawinan
Adalah cantuman dua jiwa
Laila dan Majnun.
Teguhlah bermain angin
Sehingga
akhir hayatnya.
Senjata Fakir
Pelangi Kondominium
Jalan Post Office Lama
Kota Bharu
5 Rabiul Akhir 1432H.
No comments:
Post a Comment