Friday, October 25, 2013

Lagi Pasal Batu Permata: Agate/Akik

Ada bermacam -macam kesenian dan keunikan batu akik yang semestinya tidak akan ada satu pun yang seiras atau kembar serupa,antara satu sama lain ada kelainan tersendiri.
Akik Hati ayam ini adalah dimiliki setelah membelinya dari seorang penuntut tua sebuah Pondok di Pasir tumbuh,semasa membelinya Semut and me telah beberapa kali  merayu pemilik nya untuk di jual kepada saya..Orang tua tersebut bercerita batu cincin ini beliau beli semasa mudanya dengan harga Rm 2.50 sahaja.Dia sanggup menjual cincin tang dipakai sebegitu lama kepada saya dengan persetujuan harga Rm 50.00 pada suatu petang.Semu tand me membawa cincin ini untuk di perbaiki calarnya dan di ikat baru,ikatan tangkai kendi.
                                                      Akik  warna Pedal /Hati Ayam


Akik Murah/Akik Gurka.

Cincin akik ini ada kenangan tersendiri ,ceritanya pada satu malam sekitar 90an dahulu Semut and me telah terlibat dalam kemalangan motorsikal.Motorsikal yang di naiki itu di pinjam dari seorang kawan bertujuan untuk pergi membeli rokok sahaja, semasa balik dari kedai/pekan Kubang Kerian Semut and me terilbat dengan kemalangan betul-betul di hadapan Istana Negeri Kelantan.Kemalangan itu terjadi bila saya hendak memotong sebuah kereta Nissan Sunny 120Y ,motor Honda Hawk berwarna hitam yang dinaiki bergesel dengan kereta tersebut dan menyebabkan Semut and me terpelanting jatuh.Seminggu jugak terbaring atas tikar.Cincin ini dipakai bersama dengan Bangel (rantai gelang tangan) perak. Bangles itu rosak dan dilebur dan peraknya masih disimpan sehingga sekarang bersama cincin akik Gurka ini.

No comments:

Post a Comment