Friday, December 24, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (68)

Beras Lembut,
Dari Semangat Padi Menjadi Semangat Beras.

Ada padi jadi ,ada beras lekas..itulah perpatah melayu dahulu.

Padi menjadi beras.proses yang menarik dan unik dalam masyarakat Melayu dahulu.Dengan kudrat dan semangat bergotong royong kehidupan di kampung masa itu terlalu nostalgia dan penuh keindahan tersimpan dalam kenangan.
Padi yang tersimpan dalam gedung atau rumah padi akan dikeluarkan untuk di proses menjadi beras.Proses ini bermula dari menjemur padi di halaman atau padang untuk dikeringkan.padi itu di lembahkan di atas bidang tikar mengkuang atau belulang lembu.Proses menjemur padi dilakukan pada waktu musim panasdi bawah cahaya matahari terik.Padi ini perlu di tunggu dan dijaga biasanya kaum ibu dan kanak-kanak akan mengambil bahagia bergilir-gilir
Proses seterusnya padi yang kering akan di pisahkan dari tangkai dengan proses mengirik padi dilakukan pada waktu malam di bawah bangsal,ia juga dilakukan secara berkumpulan oleh kaum ibu.Semasa proses mengirik padi ini mereka mengambil peluang bercerita dan berkongsi pengalaman dan bercerita pasal kehidupan dan kisah peribadi yang boleh dikongsi.Tangkai padi tadi diasingkan dari biji padi.Tangkai padi ini di panggil Romang padi yang berguna sebagai pengalas tempat ayam bertelur di dalam sangkak ayam.
Biji padi akan di simpan didalam kotak khas di bawah rumah masing-masing kemudian nya.
Padi dari kotak simpanan ini akan di bawakeluar lagi untuk proses menanginkan padi bagi mengasingkan antara sampah ,padi hampa dari padi yang berisi padi bernas.Proses ini dilakukan oleh kaum ibu di padang sewaktu musim berangin.Nyiru dari buluh di gunakan bagi menanginkan biji padi,
Setelah padi yang bernas di kumpul ,padi ini akan di bawa ke bangsal untuk melalui proses menumbuk padi bagi memecahkan kulit dan selaput biji padi untuk ditukar menjadi biji beras
Proses menumbuk padi juga dilakukan pada waktu malam di bawah bangsal menunbuk padi.Alatan yang digunakan adalah lesung dan antan penumbuk.Bila lesung dan antan bertikah keluaar lah bunyi yang mengasyikkan dan terlalu nostalgia untuk di kenang .Proses ini berlarutan sehingga ke larut malam.
Padi sekarang sudah ditukar menjadi beras .
Proses seterusnya sebelum beras boleh di tanak atau di masak adalah proses menampi beras bagi mengasingkan antara beras dan antah padi.Nyiru atau badang di gunakan dalam proses ini.Ia dilakukan di rumah masing-masing sebelum memasak .
Beras yang di dapati di dimpan dalam bekas beras di panggil Genak Beras atau Tempayan Beras.
Sukatan lama bagi padi ata beras : 4 cupak bersamaan 1 gantang beras.
Proses menjadikan beras dari proses menanam melalui pelbagai peringkat dan masa .Dari itu masyarakat Melayu amat menghargai beras dan melambangkan padi sebagai semangat padi.

PS: Proses yan memakan masa tenaga dan merumitkan ini menyebabkan beras dan padi di hormati dan di nilai tinggi dalam masyarakat Melayu dahulu.Jikalau anak-anak memakan nasi dan tertumpah ibu mereka akan berkata "Ambil balik nasi tumpah itu jikalau tidak nasi akan menangis".

No comments:

Post a Comment