Monday, December 20, 2010

Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (57)


Penceritaa Ambo dan Semuk bersambung lagiii....setelah lama tertangguh.

Tahun ini Anak kedua Ambo ambil UPSR , macam biasa lah ambo kena pergi hantar dan ambik.
Duduk di  Sek. Rendah Islam Al-Amin Kerteh tapi kena periksa di Sekolah Al-Amin di Kemaman ,perjalanan dari rumah ke Kemaman mengambil masa selama 45 minit juga. Tempat yang paling sibuk dan jem apabila sampai di Jambatan Bukit Kuang,kerana banyak kenderaan yang lalulalang ke kawasan industri Telok Kalong dan pelabuhan Kemaman.Jambatan ini hanya ada dua laluan sahaja satu ke Bandar Cukai dan masuk ke pelabuhan .jika terlewat melepasi Jambatan Bt Kuang alamatnya lewatlah sampai ke tempat anak Ambo ambil periksa itu.
Nak jadi ke cerita pagi itu pada hari peperiksaan Matematik ,kereta Ambo telah pecah tayar di Kemasik lagi .. Semasa sedang menukar tayar spare ,kenderaan Ibu kawan Angoh melintasi tempat kejadian lalu menumpangkan Angoh ke tempat periksa untuk pagi itu.Kalau tidak alamatnya terlewat sampai lah Angoh ke sekolah.
Tiba hai diumumkan keputusan UPSR tiba Angoh dan Umminya telah pergi mengambil keputusan di sekolah nya Al-Amin Kerteh,Alhamdullilah 5 A...dari seramai 52  orang pelajar SRIAAK 22 orang dapat 5A termasuk Angoh anak kedua Ambo..
Terlalu awal rasanya kejayaan ini untuk di raikan .Hanya ucapan tahniah dan kata semangat Ambo berikan.

PS: Da kan kejayaan Angoh dalam hidup dunia dan akhirat,berjasalah kepada agama ...

No comments:

Post a Comment