Ambo Menulis bukan Kerana Nama Dan Semuk menjadi inspirasi Ambo Kerana Sifatnya Yang Hampir Sama dengan manusia.Berkomunikasi,Berkelompok,Gigih,Rajin,Kuat Bekerja ,Bergotong-royong,Taat dan Cakna pada Komuniti Nya.Marilah teladani sifat kaum Semuk.Kita semua ada memiliki Ciri-ciri yang mulia ini.Kita dan Semuk adalah Hamba NYA.
Friday, December 31, 2010
Wednesday, December 29, 2010
❀ Hidup bagaikan sebuah mimpi ❀: Wawancara bersama Azmil Mustapha untuk renungan ki...
❀ Hidup bagaikan sebuah mimpi ❀: Wawancara bersama Azmil Mustapha untuk renungan ki...:
"PENGHIJRAHAN AZMIL MUSTAPHA DARI SENI KE BIDANG DAKWAH MUKADDIMAH Ke mana menghilangnya Azmil Mustapha yang popular dekad 80-an dengan fil..."
![]() |
| Ali Setan Transform kepada Ustaz Ali Dari dunia glamour kepada dunia yang lebih baik. |
"PENGHIJRAHAN AZMIL MUSTAPHA DARI SENI KE BIDANG DAKWAH MUKADDIMAH Ke mana menghilangnya Azmil Mustapha yang popular dekad 80-an dengan fil..."
Tuesday, December 28, 2010
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (75)
| REcycle Logo |
Barangan Kitar Semula.
Kisah kitar semula berkait rapat dengan kisah masa kanak-kanak dahulu masa di kampung.Kebiasaannya pada hujung minggu sekali dalam sebulan ada penbeli barangan kitar semula datang dari rumah ke rumah .Kebiasaanya lelaki india yang berbasikal unta dengan karung guni dari jerami jut di bahagian belakang basikal.Lelaki ini akan singgah dari rumah ke rumah di kampung dulu untuk membeli barangan kitar semula.
Ambo masih ingat lagi barangan yang laku di beli adalah botol kosong(botol jernih harga murah tapi botol kicap yang berwarna harga sikit mahal),tudung periuk dan periuk bocor dari bahan timah juga laku.Selipar getah lama juga di beli pada waktu itu.Kita panggil india pembeli barang kitar semula dengan gelaran Keling Beli Botol. Tiap -tiap kali penjualan semula barangan lusoh atau kitar semula Ambo dapat lah duit poket dalam 50sen hingga tiga amas duit.($1.50).
Botol=Jebur
Bocong air= termos
Balang kaca = motol
PS: Kitar semula cara tahun 70an dulu.Barangan seperti botol kosong dan barangan logam di kutip dan di simpan di belakang rumah sebelum di jual kepada pembeli botol.Duit itu sebagai Pocket money bagi kami.
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (74)
Ettock..Anda pernah memakan Moluska ini?
Samas so kopi ,Samas so klosong.Ettock di jual secara meluas di Kelatte negeri lain Ambo tak dok napok pulok ore juaa ettock .Tepi jale ko atah kedai ko tak dok bulih kelih ettock selain di Kelatte.Binatang moluska bercengkerang ini hidup didalam sungai di dasar pasir. Species ini banyak terdapat di sungai Kelantan dan sungai Pahang.Ettock di sungai Pahang saiz nya agak besar ,mungkin kurang menjadi mangsa pencari Ettock di negeri tersebut.
Ettock di salai dengan sedikit rempah sebelum boleh di makan atau di jual.Ettock juga dijual mentah di pasar dan pasar tani disekitar negeri Kelantan.Ettock boleh di sayur lemak ,nyakok sungguh kalu dimake denge nasi.
Jame Ambo budok-bodok dulu ore junjung badang dan bakul jual Ettock kuk kapong-kapong.So kopi susu baru 20sen..Tigo klosong baru seriyal duit.pakak make atah gerei bawoh rumoh ibu rama-rama..
PS:Setakat yang Ambo tahu hanya Kelantan ada jual Ettock kalau negeri lain setakat ini tiada pernah dijumpai lagi pemakan dan penjual Ettock di Malaysia.Jiran terdekat Terengganu pun tidak kenal Ettock nih.
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (73)
3
Jual Nasi Belauk Pagi.
Kelatte ...Tanoh subor Bumi bertuah negeri makmur dan berkat .Rakyat hidup aman damai Negeri Serambi Mekah...Semoga Allah melindungi Sultan memerintah dan pemimpin-pemimpin yang dikasihi semua rakyat..
Negeri yang unik dan menarik dengan pelbagai macam kesenian dan budaya tradisi yang menjadi tarikan pengunjung dari dalam dan luar negara..
Ada yang panggil Nasi Belauk dan ada yang panggil Nasi Pagi.. Sarapan kebanyakan rakyat negeri ini adalah bersumberkan makanan berat seperti nasi belauk,nasi dagang,nasi himpit dengan satey,pulut pagi,nasi kerabu dan nasi tupang.
Kalau di Kelatte menjadi satu kebiasaan orang perempuan menjadi penjual nasi di atas gerei di sekitar bandar dan juga kampung.Orang lelaki hanya sebagai pembacuh air atau penghantar makanan ke meja-meja di kedai kopi atau kedai patti.Orang perempuan lebih gigih dalam perniagaan kecil-kecilan dan perniagaan makanan di negeri ini.
PS: Nasi makanan rugi pagi ,petang siang dan malam...
![]() |
| Jual Nasi Belauk Pagi Atas Gerrei. |
Jual Nasi Belauk Pagi.
Kelatte ...Tanoh subor Bumi bertuah negeri makmur dan berkat .Rakyat hidup aman damai Negeri Serambi Mekah...Semoga Allah melindungi Sultan memerintah dan pemimpin-pemimpin yang dikasihi semua rakyat..
Negeri yang unik dan menarik dengan pelbagai macam kesenian dan budaya tradisi yang menjadi tarikan pengunjung dari dalam dan luar negara..
Ada yang panggil Nasi Belauk dan ada yang panggil Nasi Pagi.. Sarapan kebanyakan rakyat negeri ini adalah bersumberkan makanan berat seperti nasi belauk,nasi dagang,nasi himpit dengan satey,pulut pagi,nasi kerabu dan nasi tupang.
Kalau di Kelatte menjadi satu kebiasaan orang perempuan menjadi penjual nasi di atas gerei di sekitar bandar dan juga kampung.Orang lelaki hanya sebagai pembacuh air atau penghantar makanan ke meja-meja di kedai kopi atau kedai patti.Orang perempuan lebih gigih dalam perniagaan kecil-kecilan dan perniagaan makanan di negeri ini.
PS: Nasi makanan rugi pagi ,petang siang dan malam...
Monday, December 27, 2010
Semut dan Ambo
Taman Rusa Tanjung Batu di Ogt.
Anak rusa nani
Baru kembang ekor
Apa dosa kami
Lalu tidak tegur..
Ogt dalam taman ,Taman Rusa ini dijaga oleh penjaga khas .
Anak rusa nani
Baru kembang ekor
Apa dosa kami
Lalu tidak tegur..
Ogt dalam taman ,Taman Rusa ini dijaga oleh penjaga khas .
Penceritaan Semut dan Ambo (72)
Tokoh-tokoh yang berjasa kepada Parti Islam SeMalaysia.
1.Prof. Burhanuddin Al-Helmy
2.Dr.Zulkifli Mohammad.
3.Dato Asri Hj Muda
4.Dato Yusuf Rawa
5.Dato Nik Abd Aziz Nik Mat
6.Datuk Seri Hj Abd Hadi Awang
7.Tun salleh Abas
8.Prof Amaritus Dr Shahnon Ahmad.
Petronas Carigali to be Bursa's big draw
Petronas Carigali to be Bursa's big draw
Business Times Friday 24 Dec 2010.
Petronas Carigali Sdn.Bhd the exploration unit of Petroleum Nasional Bhd. may listed on Bursa Malaysia next year and it is expected to attract a large number of foreign funds.
Petronas Carigali Sdn.Bhd should be the largeest IPO ever in Malaysia,with a potential market value of close to RM150 billion.
Business Times Friday 24 Dec 2010.
Petronas Carigali Sdn.Bhd the exploration unit of Petroleum Nasional Bhd. may listed on Bursa Malaysia next year and it is expected to attract a large number of foreign funds.
Petronas Carigali Sdn.Bhd should be the largeest IPO ever in Malaysia,with a potential market value of close to RM150 billion.
Kebakaran di Pelantar Minyak Bekok C
Tenang Sudey: Update Kebakaran di Pelantar Minyak Bekok C: "Menurut Harian Metro6 dibaham bebola api MANGSA LETUPAN...(atas dari kiri) Mohd Hamzah, Alias, Mohd Fauzi dan Zamri manakala (bawah) Mohd ..."
Bro Hamzah,Bro Fauzi and Bro Risha my Ex-co workers at Bekok C in 2002-2004.
Ps: Bekok C act as integrated processing platform for Crude oil,Condensate and Gas Transmission platform to SCPA.The gas feeder from Tiong -A,Bekok -B and Seligi -A will be compress ant exported via pipe line to SCPA and final at OGT plant.
Bro Hamzah,Bro Fauzi and Bro Risha my Ex-co workers at Bekok C in 2002-2004.
Ps: Bekok C act as integrated processing platform for Crude oil,Condensate and Gas Transmission platform to SCPA.The gas feeder from Tiong -A,Bekok -B and Seligi -A will be compress ant exported via pipe line to SCPA and final at OGT plant.
Loji Minyak Petronas Terbakar
Tenang Sudey: Loji Minyak Petronas Terbakar: "Kalau sebelum ni pelantar minyak PETRONAS terbakar, kali ni loji minyak PETRONAS pula terbakar, PETRONAS Penapisan Terengganu Sdn. Bhd (PPTS..."
Sunday, December 26, 2010
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (71)
Saturday, December 25, 2010
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (70)
| Abang Long antara Pelajar Cermerlang UPSR Di AL_Amin Kerteh 2008 |
Dia adalah diantara pelajar cermerlang dalam UPSR pada tahun 2008.
PS: Tahniah Abe Long dan Ayah mengharap Abe Long menjadi contoh dan teladan bagi Adik-adik Abe Long, Tiada kejayaan tanpa usaha dan Rahmat Allah.
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (69)
Penceritaan Lagi Dari Ambo dan Semuk
Pencinta Bunga-bungaan.
Minat dengan bunga kerana menghargai keindahan alam dan tumbuhan semenjak dari alam persekolahan lagi.
Ambo semasa dalam tingkatan 1-3 semasa di sekolah Aneka(sek. menengah) dulu pernah memiliki taman mini yang di tanam sendiri dilaman rumah semasa di kampung.Bunga yang Ambo ingat yang di tanam adalah bunga daisy,bunga matahari,bunga jepun ,pokok setawar,lidaah jin dan pokok lidah buaya dan pelbagai pokok yang berbunga dengan pelbagai warna,pokok bunga ini Ambo jaga dan siram setiap sebelum ke sekolah pada waktu petang.
Arwah Ayah juga suka menanam pokok di sekitar halaman rumah pada ketika itu pokok yang dia tanam seperti pokok Podi,Bunga Raya,Bunga Melur,Bunga Raya ,bunga kertas dan bunga cempaka.Arwah Ayah amat perihatin dengan kebersihan kawasan sekitar rumah dan laman.Boleh dikatakan saban hujung minggu dan selepas pulang dari kerja Arwah ayah akan mencuci membuang rumput rampai,sampah di disekitar rumah.Pada masa itu laman rumah kami sentiasa di jaga oleh Arwah Ayah.
Arwah Ayah amat suka pada laman yang bersih dan kemas tiada sampah sarap bertaburan ,dia sendiri akan menyapu di laman jika hari hujung minggu sebelum ke kedai kopi kegemaran beliau di pekan Kubang Kerian.
Dia juga mengadakan peparitan di sekeliling rumah dan sentiasa membersihkan parit dari sampah dan rumpai yang tumbuh sehingga di bawah rumah pun beliau ambil chakna dengan membersihkan kawasan itu dari sampah-sampah sarap.Kerana dahulu kami rumah kampung yang bertiang tinggi jadi di kawasan bawah rumah tempat sampah berkumpul.
Ambo masih ingat dengan jelas Awrah Ayah suka membakar sampah sarap di tempat khas pembakaran sampah di belakang rumah pada waktu hampir maghrib dan sebelum mandi .Beliau sangat perihatin dengan kesihatan dan kebersihan didalam dan luar rumah.
Ps: Arwah Ayah sangat suka memberi kata-kata nasihat dan pandangan mengenai kepentingan kebersihan dan lama yang kemas dan menarik.
Friday, December 24, 2010
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (68)
![]() |
| Beras Lembut, |
Ada padi jadi ,ada beras lekas..itulah perpatah melayu dahulu.
Padi menjadi beras.proses yang menarik dan unik dalam masyarakat Melayu dahulu.Dengan kudrat dan semangat bergotong royong kehidupan di kampung masa itu terlalu nostalgia dan penuh keindahan tersimpan dalam kenangan.
Padi yang tersimpan dalam gedung atau rumah padi akan dikeluarkan untuk di proses menjadi beras.Proses ini bermula dari menjemur padi di halaman atau padang untuk dikeringkan.padi itu di lembahkan di atas bidang tikar mengkuang atau belulang lembu.Proses menjemur padi dilakukan pada waktu musim panasdi bawah cahaya matahari terik.Padi ini perlu di tunggu dan dijaga biasanya kaum ibu dan kanak-kanak akan mengambil bahagia bergilir-gilir
Proses seterusnya padi yang kering akan di pisahkan dari tangkai dengan proses mengirik padi dilakukan pada waktu malam di bawah bangsal,ia juga dilakukan secara berkumpulan oleh kaum ibu.Semasa proses mengirik padi ini mereka mengambil peluang bercerita dan berkongsi pengalaman dan bercerita pasal kehidupan dan kisah peribadi yang boleh dikongsi.Tangkai padi tadi diasingkan dari biji padi.Tangkai padi ini di panggil Romang padi yang berguna sebagai pengalas tempat ayam bertelur di dalam sangkak ayam.
Biji padi akan di simpan didalam kotak khas di bawah rumah masing-masing kemudian nya.
Padi dari kotak simpanan ini akan di bawakeluar lagi untuk proses menanginkan padi bagi mengasingkan antara sampah ,padi hampa dari padi yang berisi padi bernas.Proses ini dilakukan oleh kaum ibu di padang sewaktu musim berangin.Nyiru dari buluh di gunakan bagi menanginkan biji padi,
Setelah padi yang bernas di kumpul ,padi ini akan di bawa ke bangsal untuk melalui proses menumbuk padi bagi memecahkan kulit dan selaput biji padi untuk ditukar menjadi biji beras
Proses menumbuk padi juga dilakukan pada waktu malam di bawah bangsal menunbuk padi.Alatan yang digunakan adalah lesung dan antan penumbuk.Bila lesung dan antan bertikah keluaar lah bunyi yang mengasyikkan dan terlalu nostalgia untuk di kenang .Proses ini berlarutan sehingga ke larut malam.
Padi sekarang sudah ditukar menjadi beras .
Proses seterusnya sebelum beras boleh di tanak atau di masak adalah proses menampi beras bagi mengasingkan antara beras dan antah padi.Nyiru atau badang di gunakan dalam proses ini.Ia dilakukan di rumah masing-masing sebelum memasak .
Beras yang di dapati di dimpan dalam bekas beras di panggil Genak Beras atau Tempayan Beras.
Sukatan lama bagi padi ata beras : 4 cupak bersamaan 1 gantang beras.
Proses menjadikan beras dari proses menanam melalui pelbagai peringkat dan masa .Dari itu masyarakat Melayu amat menghargai beras dan melambangkan padi sebagai semangat padi.
PS: Proses yan memakan masa tenaga dan merumitkan ini menyebabkan beras dan padi di hormati dan di nilai tinggi dalam masyarakat Melayu dahulu.Jikalau anak-anak memakan nasi dan tertumpah ibu mereka akan berkata "Ambil balik nasi tumpah itu jikalau tidak nasi akan menangis".
Wednesday, December 22, 2010
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (67)
![]() |
| Biji Havea Brasilinsis |
Benih getah dibawa masuk ke Malaya oleh penjajah British pada awal abad ke 20 W.R.Ridley.tumbuhan pendatang dari hutan Brazil ini kemudian menjadi satu komoditi penting kepada Malaya.Sehingga pada satu ketika negara kita adalah pengekspot getah paling utama di dunia.
Kenangan Ambo dan Semuk dengan pokok getah dan sejarah menoreh getah di zaman kanak-kanak dahulu.
Ambo adalah pengikut setia Mak semasa cuti sekolah ke kebun untuk membantu dalam proses mengutip susu getah,sekerap getah dan getah beku.Pada masa itu dalam tahun-tahun 70an Ambo dalam darjah 5 hingga tingkatan 2 .Mak Ambo menoreh getah secara pawah dari Pak chu Awang Tunggal.Hasil jualan akan di bahagi 2:3.Kebun getah nya terletak dalam dua buah kebun seluas 2 ekar.
Persiapan yang biasa dilakukan sebelum pergi menoreh adalah mengasah mata pisau menoreh pada belah malam sebelum Mak masuk tidur.Pada pagi keesokan hari dalam pukul 6 pagi .Mak akan pergi dahulu untuk memulakan kerja-kerja menoreh batang getah.Ambo akan menyusul kemudian selepas sarapan dan tugasan rutin dirumah.Dalam pukul 9 lebih Ambo akan ke kebun getah untuk persediaan mengutip susu getah yang sedia menitik dalan masa 3-4 jam bagi memenuhi tempurung tadahan susu getah.Bekas tadahan susu masa itu Ambi masih ingat lagi banyak di gunakan tempurung kelapa yang sudah dikukur isinya bahagian yang tiada bermata.Dengan berbekal kan sebiji baldi di jinjing Ambo ahan penghadap satu persatu batang getah untuk mengutip susu dari bekas tempurung tadi, Setelah penuh satu baldi tadi Ambo akan menyatukan susu itu kedalam baldi yang lebih besar.Musuh utama dalam kebun getah adalah pacat dan nyamuk .pemangsa yang menghisap darah secara haram.Alah bisa tegal biasa ....
Dalam pukul 12 tengah hari semua susu getah siap di kumpulkan dan di bawa ke bangsal mesin getah pada masa itu Mak menumpang guna mesin kepunyaan Hj Tahir.Hj Tahir adalah pemilik stesen minyak tunggal di Kubang Kerian pada masa itu.dalan tahun70an,kawan sepenorehan Mak Ambo bernama Mek Joh..
Pada peringkai ini susu getah tadi ditapis dahulu untuk membuang habuk kasar seperti daun dan kulit batang getah bekas dari torehan.Penapis yang di gunakan Ambo masih ingat sangat Klasik sekali iaitu dari Romang padi atau tangkai padi yang telah di ambil bijinya semasa proses mengirik padi,Tangkai padi itu pula digunakan sebagai alat yang boleh menapis susu getah.Romang padi itu juga boleh digunakan sebagai tempat ayam bertelur didalam sangkak buluh sewaktu itu.
Ok... sambung lagi susu yang sudah di tapis di sukat dan di masukkan kedalam takungan membeku susu.Sejens acid digunakan untuk mempercepatkan proses membeku susu getah yang di namakan Cuka Getah atau Boric Acid.Cuka getah yang dibeli itu mesti di cairkan dahulu dengan mencampurkan dengan air biasa. acid ini amat merbahaya jika dalam keadaan likat atau dalam molar yang tinggi.Boleh mencederakan jika terkena secara terus.Cuka getah Chap Ayam yang selalu Mok Ambo beli.Susu getah tadi di biarkan membeku dalam masa 1-2jam,pada masa itu Mak Ambo akan balik semula kerumah untuk memasak dan persiapan makan tengahari dengan ala kadar sahaja.Selepas zohor kami kembali lagi ke bangsal mesin getah untuk proses Memesin getah sudah beku tadi kepada getah keping pula.
Penyediaan sebelum di mesin getah yang sudah beku tadi di buang kandungan air nya dan dibentuk supaya senang memasukkan ke dalam Roller mesin getah.Proses ini menggunakan kaki dan diikuti menekan dengan tangan.Proses mengunakan kaki adalah secara pijak. Getah beku tadi di letakkan diatas pelantar ,Proses memetek (menekan dengan telapak tangan) getah tadi menyusul.Teknik yang digunakan seperti Teknik menekan dada semasa CPR pertolongan cemas dalam First Aid.Bayangkan sendiri ...
Proses seterusnya getah yang disediakan tadi akan di masukkan kepada roller licin atau Flat Surface Roller.Disini roller akan di kawal atau di adjust dengan menggunakan sistem manual clamp.Wheel di pusing dengan kudrat tangan .Biasanya Ambo lah yang menjadi prime mover untuk mesin manual ini.Proses seterusnya getah yang sudah nipis itu di masukkan pula kepada mesin kedua iaitu mesin buat bunga atau mesin jalur.Roller kali ini ada mempunyai jalur yang membentuk pada permukaan kepingan getah .
Setelah siap getah tadi dijemur di hidaian dari batang buluh.Getah ini akan siap untuk di jual setalah kering ,biasanya Mok Ambo akan menjual getah ini sekali dalam seminggu.
Peraih getah di kampun Ambo masa itu adalah Pok San Pok Getah yang memiliki gudang getah di pekan Kubang Kerian .Masa itu gudang getah nya terletak betul-betul pinggir di bulatan jalan utama di tengah pekan.
Pok San akan datang dengan basikal unta yang memiliki Carrier(gerei basikal) besar di belakang.Masa itu penimbang yang digunakan dalam timbangan kati lagi .Tinbangan manual yang di panggil dacing penimbang kati.Ukuran British 16 tahil bersamaan 1 kati.Harga sekati getah bersamaan 80 sen sahaja.
Timbang kayu ata dacing ini masih ada di musium barangkali...
Dalam semnggu Mok Ambo dapat lah dalam 20- 25 rial duit,itu pong campur sekali dengan jual sekerap dan getah beku(Pok getah) .Duit sekerap menjadi milik penoreh ,tuan hanya mengambil bahagian jualan getah keping sahaja.Tiga bahagian milik penoreh dan 2 bahagian milik tuan punya kebun.Masa itu juga Mak Ambo akan bagi sedikit upah .Dengan duit itulah Mok Ambo membantu Arwah Ayah dalam perbelanjaan harian dan persekolahan anak-anak di tahun 70an dahulu.
PS: Jasa mi Ibu terlalu tinggi ,tidak akan terbalas sampai akhir hayat... Susu mu setitik pun tak mampu Ambo balas ....Kasih Ibu sepanjang hayat Kasih saudara masa berada.EEEh betul ke..
Bau duit dari bekas pok getah terlalu wangi untuk dikenang kerana Pok getah lah Ambo boleh jadi seperti hari ini.Alhamdullilah syukur dan terima kasih Mak.
Semut dan Ambo
Waste Water Treatment Plant.
Basic Operation on WWTP
Waste Water Treatment Plant house the process equipment and process monitoring and controlling devices.
Discharge water from all process vessel must be treated before discharge into sea or river flow.
Liquid from opendrain,cloe drain enter the series of sump pit and channelled into CDF(Collective Drain Facilities).Water from CDF pumped out into CPI(Corrugated Plate Interceptor) and from CPI the waste water from all process area will goes into EQ Sump as a basin for Water Treatment Plant feed raw water to be process.Waste water must be keep undisturbed for settling 24 Hrs before pump into pH Adjustment tank.
![]() |
| EQ Sump. |
![]() |
| Pic: From left pH Adjustment ,Coagulation and Flocculation tank on series process |
![]() |
| DAF- Revocell-6. |
DaF Clarifier will remove micron SS of emulsification oil.
Process water then flow by gravity enter second Chemical treatment tank . Cyanide Reaction Tank and Neutralization Tank NaOCl Sodiom Hypochloride injected to remove Cyanide. Neutralization Tank where Sulfuric Asid and Sodium Sulphate injected to remove any Chlorine and hydrochloride content inside process water before entering final Biological process inside SBR Tank.
![]() |
| Cyanide Tank and Neutralization Tank in series process. |
![]() |
| SBR Tank Wall. |
![]() |
| Typical of SBR |
![]() |
| View inside SBR after process water been dried out for maintenance work. |
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (66)
![]() |
| Jenama Warrior terkenal semasa dalam tahun 80an di sekolah menengah. Sejenis lagi jenama Panda semuanya produk kasut sekolah Hui Li China. |
Penceritaan pasal kegilaan atau minat semasa sekolah di tahun70an dan 80an dulu.
Dalan tahun 1973-1979 adalah zaman kanak-kanak disekolah rendah,banyak benda yang di minati pada masa itu .Bola sepak adalah sukan yang paling terkenal di zaman saya di sekolah rendah.Selari dengan zaman kegemilangan bolasepak di tanah air.Era 70an dan awal 80an adalah zaman emas pasukan bolasepak Malaysia di persada antara bangsa di Asia pada amnya dan di Asia Tenggara terutamanya.
Setiap hari permainan yang di mainkan di sekolah mesti perlawanan bolasepak pada masa sessi Pelajaran Jasmani dan juga bila tiba waktu rehat. Pada waktu rehat yang mengambil masa dalam 45minit-1 jam pun kami masih boleh bermain bola.Kadang-kadang perlawanan di antara dua kelas boleh dilangsungkan dalam masa yang suntuk itu.Begitulah bila bola telah menjadi sukan no 1.Kasut sekolah pada masa itu kami beli kasut getah berjenama Bowling yang mempunyai Stud getah di tapaknya.Kasut ini sebiji macam kasut bola kulit yang digunakan oleh orang lebih dewasa semasa bermain bola.Warnanya putih dan tahan dari menyerap kotoran dan senang di cuci kerana getah itu tidak menyerap kotoran.
Tinju dengan jenama Ali...Ali..Ali..
Pada zaman itu juga sukan yang yang amat ditunggu oleh orangramai adalah perlawanan Tinju.Sukan tinju amat terkenal dan menjadi ikutan peminat di Malaysia pada ketika era peninju terkenal dari Amerika yang berugama Islam iaitu Muhammah Ali.Saya masih ingat dalan tahun 1978 kalau tidak silap satu perlawanan tinju melibathan Muhammad Ali berlangsung.Masa itu ia berlaku pada waktu pagi semasa sessi persekolahan kami.Sekolah kami dengan kebenaran Guru Besar pada ketika itu En Ibrahim Awang telah membenarkan perlawanan langsung itu di tonton bersama di dewan sekolah secara beramai-ramai.
![]() |
| Ali was a fenomena all around the world in 70tees. |
semut dan ambo
Biological And Chemical Treatment for WWTP.
Basic Knowledge on Characteristics on Industrial Effluents.
Waste water are categorized as domestic waste water or industrial waste water.The characteristic of the effluent are usually defined in terms of their physical,chemical and bacteriological parameters.
Contaminants in the effluent can be also be categorized as organic or inorganic substances. Some organic material such protein, carbohydrates and fats can be easily degraded microorganisms (biodegradable) and others that more stable cannot be easily broken down by microorganism or recalcitrant (non biodegradable-
refractory).
Industrial effluents can also described by oxygen demand (DO).Two most widely used are Biochemical oxygen demand and Chemical Oxygen demand.
Semut dan Ambo
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (65)
Penceritaan kali ini pasal Baroh,Bendang,sawahpermatang,sungai,kubang,parit,selut,pacat,lintah,padang,alor,paya,lecah,becak,selut sa"ei ,segan dan segalanya pasal tanah dan air seagkatan dengan suasana di suatu masa dan ketika dahulu.
Apa ada pada nama...
Apa ada pada Baroh,sawah ,permatang.
Sebut pasal sawah dan bendang dalam kotak fikiran adalah tempat yang berair dan berselut lembik ,disitu keringat pesawah dan petani tertumpah berbakti kepada sawah dan ladang..
Sawah dan bendang tempat pesawah menanam padi. Kerbau dan lembu menjadi nadi sebagai haiwan pembajaktanah dan sawah.Bila musim padi sudah tamat ia menjadi tempat haiwan meragut rumput untuk makan seharian ,diatas batas dan permatang.
Bila padi sudah dituai di situ tempat kanak-kanak bermain layang-layang dan wau.Berlari berkejar menangkap pepatung dan belalang.Tanah sawah bertukar menjadi tanah rang bila air kering dan tanah menjadi kontang.
Apa ada pada kubang dan paya.
Kubang tempat kerbau berguling bermain selut dan lumpur,merebah kan tubuh berguling menyejukkan badan.
Kubang juga tempat kami mencari anak ikan,menggunakan cara menimba mengeringkan air dan menangkap ikan yang ada menggunakan tangan dan serkap buluh.Ikan keli dan haruan banyak disitu.
Apa ada pada sungai dan parit.
Sungai menjadi sumber air dan tempat mencari dan menangkap ikan menggunakan pukat,jala,mencari anak terbul,sepat ,puyu dan ikan selat.Menahan lukah dan perangkap di gunakan juga untuk ikan yang banyak didalan anak sungai.
Parit dan alor tempat mengail umpan cacing untuk menangkap anak keli haruan dan puyu.Joran dari batang buluh digunakan pada waktu itu.
Rumput di kayang= padang ragut yang sudah di tanda milik.
Tanah kor= tanah yang keras dan kering
Tanah rang= padang yang lama tidak diusahakan.
Lecoh= Tanah berair dan berselut di pertengahan jalan kampung.
Alatan Menangkap ikan dulu
Kail= pancing
Tauk= Alatan menangkap ikan di sungai atau paya
Lampong = Alatan menangkap ikan
Jerakap= Alatan tangan untuk peperangkap ikan
Lukah= Alatan menangkap ikan yang dipasang di aliran anak sungai
Bubu= Alatan menangkap ikan secara perangkap di letakkan di dalam sungai di isi umpan di dalam
Bitto = Perangkap ketam.
Apa ada pada nama...
![]() |
| Gallor dengan Tractor |
Apa ada pada Baroh,sawah ,permatang.
Sebut pasal sawah dan bendang dalam kotak fikiran adalah tempat yang berair dan berselut lembik ,disitu keringat pesawah dan petani tertumpah berbakti kepada sawah dan ladang..
Sawah dan bendang tempat pesawah menanam padi. Kerbau dan lembu menjadi nadi sebagai haiwan pembajaktanah dan sawah.Bila musim padi sudah tamat ia menjadi tempat haiwan meragut rumput untuk makan seharian ,diatas batas dan permatang.
Bila padi sudah dituai di situ tempat kanak-kanak bermain layang-layang dan wau.Berlari berkejar menangkap pepatung dan belalang.Tanah sawah bertukar menjadi tanah rang bila air kering dan tanah menjadi kontang.
Apa ada pada kubang dan paya.
Kubang tempat kerbau berguling bermain selut dan lumpur,merebah kan tubuh berguling menyejukkan badan.
Kubang juga tempat kami mencari anak ikan,menggunakan cara menimba mengeringkan air dan menangkap ikan yang ada menggunakan tangan dan serkap buluh.Ikan keli dan haruan banyak disitu.
Apa ada pada sungai dan parit.
Sungai menjadi sumber air dan tempat mencari dan menangkap ikan menggunakan pukat,jala,mencari anak terbul,sepat ,puyu dan ikan selat.Menahan lukah dan perangkap di gunakan juga untuk ikan yang banyak didalan anak sungai.
Parit dan alor tempat mengail umpan cacing untuk menangkap anak keli haruan dan puyu.Joran dari batang buluh digunakan pada waktu itu.
Rumput di kayang= padang ragut yang sudah di tanda milik.
Tanah kor= tanah yang keras dan kering
Tanah rang= padang yang lama tidak diusahakan.
Lecoh= Tanah berair dan berselut di pertengahan jalan kampung.
Alatan Menangkap ikan dulu
Kail= pancing
Tauk= Alatan menangkap ikan di sungai atau paya
Lampong = Alatan menangkap ikan
Jerakap= Alatan tangan untuk peperangkap ikan
Lukah= Alatan menangkap ikan yang dipasang di aliran anak sungai
Bubu= Alatan menangkap ikan secara perangkap di letakkan di dalam sungai di isi umpan di dalam
Bitto = Perangkap ketam.
Penceritaan : Pengembaraan ambo dan semuk (64)
Subscribe to:
Comments (Atom)











































