Istana Negeri Kubang Kerian |
Tahun ini Ambo telah berada dalam tingkatan 3 doh.Periksa besar Mek Ambo ghoyat - SRP.Bermulalah sesi persekolahan sebelah pagi.Macam biasalah Ambo tidak pernah tunggang atau poteng kelas.Masih lagi berjalan kaki untuk kesekolah sejak dari darjah satu lagi, nak beli basikal tidak mampu.
Tahun ini Ambo mula pakai seluar panjang sebagai unifom sekolah kerana pada tahun sebelumnya pakai seluar pendek lagi kesekolah.Sekarang darjah satu dah pakai seluar panjang terlalu jauh perbezaan dari zaman Ambo sekolah dulu.
Ambo belajar dengan tekun pagi kelas biasa dan petang pergi ke kelas tambahan yang cikgu sekolah Ambo buat,masa itu sukarela dan percuma sahaja.Ambo tidak mampu untuk kekelas tambahan bayar disebelah malam.Biasanya pada sebelah malam Ambo belajar sendiri dengan bantuan buku2 yang Ambo beli dengan duit Biasiswa yang diterima.Duit itu biasanya Ambo habiskan untuk beli buku rujukan dan latihan tambahan.
Prestasi pelajaran Ambo semakin baik dan meningkat ,Alhamdullilah....
Hari yang dinanti pasti tiba peperiksaan SRP tiba dan Ambo menghadapi peperiksaan dengan tenang dan yakin.Peperiksaan tammat lega.... Cuti panjang bermula.
Pada akhir tahun 1982 keputusan diumumkan Ambo mendapat keputusan yang cermerlang ,Pelajar Terbaik SRP 1992 dengan 9 Agriggat.
Seorang lagi kawan Ambo yang cermerlang adalah Zubaidah Abdullah.
PS: itulah harga dari usaha yang gigih dan itulah hadiah yang bermakna untuk Arwah Ayah dan Mek Ambo.
No comments:
Post a Comment