Penceritaan Ambo dan Semuk .....
Kali ini tentang Air Banjir,Air Boh,Air Besar dan Air Ulu Turun. Semua ini menyatakan satu kejadian atau fenomena alam yang melanda negeri2 pantai timur dari bulan October hingga March. Hujan yang lebat dari kebiasaan datang bersama Angin Monsun Timur Laut.Angin ini membawa kandungan air dari pada Laut Cina Selatan.
Negeri Kelantan mengalami banjir pada setiap tahun ini kerana bentuk mukabuminya.Kota Bharu adalah sasaran utama berlakunya banjir kerana terletak disatu kawasan lembangan atau delta atau kawasan tanah rendah.
Kejadian Banjir Yang paling di ingati di Kelantan.
1. Bah Besar tahun 1926..
2. Bah Air Merah tahun 1967.
3. Bah Air Ulu tahun 1972.
Bah sentiasa berlaku pada penghujung tahun dan melangkau ke awal tahun berikutnya.
Seperti kebiasaanya bila hujan turun mencurah-curah dengan lebat didalam tempoh 3- 4 hari ,Banjir besar akan berlaku di Lembangan Sungai kelantan.
Dua tempat utama menjadi rujukan banjir di Kelantan dahulu ialah Tangga Breadly (Tangga Krai) di Kuala Krai dan Pusat Sukat Banjir di Tambatan Diraja Kota Bharu.Amaran akan diberitahu melalui siaran radio mengenai pergerakan banjir di Kelantan. Mula-mula Paras Berjaga-jaga dan jikalau air masih meningkat lagi ia diistiharkan Paras Merbahaya.
Banjir tahun1967. di KB. |
Berperahu Dalam Bah |
Selepas kelahiran Ambo kedunia 2 tahun kemudian baru Arwah Ayah Dan Mek Ambo kembali semula ke kampung halaman setelah merantau di segenap pelosok negeri sehingga pernah menjadi penoreh getah di selatan thai diawal tahun 60an.Beliau terus menetap di Kg Pulong sehingga menghembus nafas yang terakhir pada tahun 2007.
Kembali semula kapada kisah Bah , Kenangan bermain air pada musim banjir semasa kanak2 semasa dahulu dengan pelbagai kelasakan dan pelbagai aktiviti dilakukan. Bila musim Bah datang sungai berhampiran rumah Ambo akan melimpah sampai ke tebing yang paling tinggi. Pada kebiasaan nya kampung Ambo tidak pernah ditenggelami air kerana Kubang Kerian(Kg Pulong) berrada di tempat tinggi.
Bila sungai Pulong memenuhi tebing terputus lah huungan antara Kg Pasir Jelatang, Kg Seribon, Kg Kubang Siput dengan Kubang Kerian.
Penduduk kampung seberang akan menggunakan sampan untuk berhubung dari seberang sana ke Kg Pulong.
Perahu penduduk Kg Pasir Jelatang akan berhenti di tebing seberang sini disatu tempat dipanggil Tebing Dalam Pagar Raja di kampung Ambo.Disitulah tumpuan Ambo dan saing2 dan penduduk kampung datang untuk melihat air bah . Masih Ambo ingat air Sungai Pulong akan mengalir laju turun ke sebelah hilir iaitu ke Sungai Pasir Tumbuh dan melalui sungai Wakaf Stan turun lagi ke Sungai Demit seterusnya Sungai pok Nik Lah di Kg Pachur dan melalui Kg Pulau Gajah dan terus ke Kuala Kemasin dan menuju ke Laut Cina Selatan.Masa dulu Ambo sukat Air Bah naik dengan meletakkan sebatang ranting di pacak betul2 di gigi air dan melihat semula selepas 1 atau 2 jam kemudian ,kalau kayu ranting itu tenggelam bermakna air semakin meningkat. Very simple and primitive method to measure changes of water lavel during musim Boh...
Sebenarnya sungai Kg Ambo ini adalah anak sungai dari pecahan Sungai Kelantan yang Membentuk Delta atau Lembangan itu.
Masa musim inilah Ubi Kayu, ubi Badak, ubi itik,ubi stellor dan ikan budu menjadi barang laku di kedai .Arwah Ayah dan Mek Ambo masa itu sentiasa bersedia dengan tanaman ubi Kayu,yang menjadi makana rutin untuk sebelah pagi (breakfast). Pelbagai Masakan akan di buat oleh Mek Ambo selain dari Ubi Rebus cicoh nyior parut + gula.Mek ambo buat kuih Polli,tepung manis, lempeng ubi kayu cicoh ikan budu dan macam kuih lagi Mek Ambo buat. Bila musim ini makan pun laju semacam terutama selepas balik dari main air Bah.
Tempat favorite Ambo bermain Air Bah ialah dalam kebun getah Mok sepupu Ambo , kerana Air sungai Pulong akan memenuhi separuh dari kebun nya yang berada di kawasan lembah dari bawah tebing.Tempat itu popular kerana terdapat satu alur jalan yang ada bekas laluan ternakan seperti lembu dan penduduk kampung jika hendak ke sungai Pulong.Tempat itu Ambo dan saing2 bermain gelongsor kerana tanah licin dan berair.
Kenangan bermain air disini yang Ambo panggil tempat itu Tebbing.Dalam kebun getah itu lah tempat ambo bermain rakit dan panjat batang getah dan terjun dalam air boh. atau air ulu.Ambo bermain sapai biru ketu bibir mulu ,kadang balik kerumah bila Mek Ambo mari turutpanggil balik ke rumah0 balik rumoh make nasik.Sambil2 tu buleh miyat sedas dua ...kerana main banjir sampai tok ingat ko nok balik make nasik tengoh hari.....
PS: kali terakhir Ambo bermain Air Bah di Kota Bharu adalah pada 1992.Masa tu masih bujang sambil ngarung air banjir sambil tengok gewe comel2 main boh , Kenangan bersama Arwah Imi kali terakhir bermain banjir di KB bersamanya. Arwah tiada dalam gambar kerana dia tukang ambik gambar masa itu.Arwah adalah dua pupu dengan Ambo ,dia saing sepermainan Ambo dari kecik sampai ke besar .Masa remaja makan tidur sekali. Semoga Allah cucuri rahmat keatas roh nya Amiin.
No comments:
Post a Comment